Berita

Perhatian! 2 Minggu Naik Feri Penang Percuma Dari 1 Hingga 14 Januari 2021

gempak
Maliah Surip
25/12/2020
15:40 MYT
Sponsor Banner
Perhatian! 2 Minggu Naik Feri Penang Percuma Dari 1 Hingga 14 Januari 2021
Setelah sempat membuat masyarakat 'bersedih' dengan khabar operasinya bakal dihentikan, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) membawa berita gembira selepas ia akan diteruskan.
PPSB mengumumkan akan menawarkan tambang percuma selama dua minggu buat penumpang pejalan kaki yang menggunakan perkhidmatan feri.
Menurut PPSB, tawaran tambang percuma itu bakal dinikmati oleh pengguna bermula 1 hingga 14 Januari tahun hadapan.
"Berdasarkan hasil perbincangan bersama dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, PPSB akan memberikan tambang feri percuma untuk penumpang pejalan kaki selama dua minggu bermula 1 Januari 2021 hingga 14 Januari 2021" katanya.
PPSB memaklumkan, pihaknya komited menyediakan perkhidmatan dan kemudahan feri yang boleh dipercayai untuk kegunaan orang ramai.
Bermula 1 Januari tahun hadapan PPSB akan menyediakan perkhidmatan feri untuk membawa motosikal dan basikal selain daripada penumpang pejalan kaki.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mengumumkan bermula 1 Januari depan, bot penumpang laju akan menggantikan perkhidmatan feri bagi menghubungkan penumpang antara bahagian pulau dan Seberang Perai.
Feri sedia ada juga hanya digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula tarikh sama sekali gus berakhirnya perkhidmatan feri untuk kenderaan empat roda di negeri itu.
Sumber: Awani Kredit Foto: Penang Port Commission
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live