Kelab peminat penyanyi Ning Baizura, Ning Baizura Live tampil mempertahankan penyanyi terbabit susulan didakwa tidak peka isu mengenai “All Eyes On Rafah”.

Sekadar baca komen

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Story kelab peminat tersebut, mereka berkata penyanyi bersuara soprano itu hanya sekadar membaca komen netizen sahaja.

“Inilah masalahnya bila rekod orang bit by bit. She was being real despite being sick still nyanyi. Inilah masalahnya ambil video orang out of context lepas tu speculate.

Sementara itu, kelab peminat tersebut turut meluahkan rasa kecewa kerana video siaran langsung yang dibuat oleh Ning telah menerima kecaman daripada warganet.

Ning Baizura dah buat kutipan derma

Malah, menerusi hantaran di Instagram Story lain, kelab peminat tersebut turut memaklumkan bahawa selebriti kegemaran mereka itu sudah membuat kutipan sumbangan untuk Palestin.

“Kak Ning, dari April lagi dah sibuk kutip dana untuk Gaza. Periksa fakta dulu sebelum menuduh,” tulisnya.

Pihak Gempak bagaimanapun cuba untuk hubungi Ning Baizura untuk mendapatkan responnya mengenai isu ini namun tiada sebarang maklum balas yang diterima.

Sebelum ini, video siaran langsung Ning Baizura yang telah dimuatnaik oleh pengguna X, menerima kecaman daripada warganet gara-gara tidak tahu maksud disebalik “All Eyes Rafah".

Berita Trending: “Who’s That?” - Ning Baizura Dikecam Gara-Gara Tak Tahu ‘All Eyes On Rafah’

Berita Trending: “Beliau Sendiri Pernah Bergelar Artis & Jadi Duta Kepada Jenama-Jenama…