“Periksa Dulu Lesen….”- Isu Anak Autistik Dikasari, Ahmad Idham Kongsi Pengalamannya

Syafiqah Jalal
Oktober 6, 2021 01:50 MYT
Bukan mudah untuk membesarkan anak istimewa terutama yang menghidap autistik, terbaharu tular sebuah rakaman CCTV seorang guru mengasari pelajar asuhannya sehingga cedera.
Ia mendapat perhatian ramai kerana berasa tidak puas hati melihat pelaku yang sesuka hati bertindak kasar terhadap kanak-kanak autistik itu sebegitu.
Dalam pada yang sama, pelakon dan pengarah Dr Ahmad Idham juga terpanggil memberi sedikit pandangannya memandangkan dia juga mempunyai anak istimewa.
Kata Ahmad Idham, sebagai ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa sepatutnya ibu bapa perlu lebih teliti dalam pemilihan sekolah atau pusat asuhan untuk anak mereka.
“Bila terbaca isu ini, saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan. Saya mohon para ibu bapa yang ada anak istimewa agar pastikan pusat atau sekolah yang ingin dihantar mempunyai lesen yang sah dan guru yang bertauliah.
“Periksa dulu lesen operasi perniagaan n sijil pentauliahan guru anak istimewa,” katanya.
Idham berkongsi pandangannya di akaun Instagram miliknya.
BACA: Bapa Terkilan Anak Autisme Dikasari, Guru Beri Alasan Anak Tak Mahu Makan
Dalam pada yang sama, beliau memberitahu pandangan itu diberikan selepas mempunyai pengalaman mengendalikan sekolah pendidikan khas dan terapi buat anak-anak orang kurang upaya (OKU).
“Pengalaman saya dan isteri mengendalikan sekolah untuk anak istimewa telah banyak mendedahkan kami kepada isu-isu sebegini,” katanya lagi.
Idham mempunyai seorang anak istimewa bernama Ahmad Firdaus yang kini sudah berusai 21 tahun.
Beliau dan isteri Amy Aziz telah menubuhkan sebuah sekolah pendidikan khas yang diberi nama Eden Firdaus School sejak tahun 2016.
Idham dan isteri turut mempunyai tiga orang anak lain iaitu Ahmad Aydel, 17, Kintan Myra, 15, dan Ahmad Khalif, 10.
#Ahmad Idham #sekolah #Dera #Pengasuh #Autistik #Anak Istiemewa