Periksa Tahap Kebersihan, Vivy Yusof Buat Lawatan Mengejut Ke Kolej UiTM

Azwa Rahman
September 25, 2019 08:12 MYT
Pengasas jenama fesyen terkemuka Datin Vivy Yusof membuat lawatan mengejut ke kolej-kolej Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam.
Menerusi laman sosial Instagram, Vivy berkongsi beberapa momen dirinya melawat kawasan bilik kolej, tandas dan almari para pelajar di sana.
“Melihat sendiri buat kita percaya. Saya suka pergi ke Kolej dan melihat sendiri bagaiman keadaan mereka, bilik, tandas, locker dan memeriksa tahap kebersihan mereka.
“Sekarang masa untuk memeriksa kesemua 35 kolej. #kepoh #uitmdihatiku,” tulis Vivy di IG Storynya.
Dalam kesempatan itu, Vivy turut melawat kolej Seroja yang merupakan kolej pembantu peribadinya yang turut bergelar bekas graduan UiTM.
Sebelum membuat lawatan mengejutkan tersebut, Vivy terlebih dahulu menghadiri mesyuarat berkaitan hal ehwal pelajar bersama dengan barisan pengarah tertinggi.
Mei lalu, Vivy mencipta sejarah tersendiri apabila bergelar ahli lembaga pengarah termuda UiTM, hasil perlantikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
#Fesyen #Universiti #Lawatan