Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Peringatan Untuk Diri Saya…”- PU Riz Pesan Suami Jangan Dayus

Syafiqah Jalal 19/10/2021 | 12:11 MYT
Pendakwah bebas, PU Riz memberi peringatan dan pesanan buat diri dan juga kaum suami untuk menjaga pasangan dan keluarga agar tidak terpesong daripada agama Islam.
PU Riz atau nama sebenarnya Haris Mohd Ismail, 27, melarang agar jangan biasakan pasangan mesra dengan mahram lain.
“Nukilan Haris Ismail. Ada masa nak baca silakan, jika tidak berminat, tak mengapa kerana peringatan untuk diri saya yang hina. Saja nak tulis sini semoga tidak terjadi pada diri yang hina ini. Amin.
“Jangan dibiasakan pasangan kita berada mesra dengan wanita atau lelaki lain kerana itu adalah dilarang dalam Islam,” tulisnya.
Suami kepada selebriti terkenal Neelofa itu berkongsi pesanan itgu di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, PU Riz turut bimbang apabila terdapat adegan ‘ciuman’ dianggap biasa atas alasan lakonan.
“Hari ini apa yang berlaku sebenarnya memang parah dalam masyarakat kita yang dikatakan lakonan sampai cium pun tidak mengapa, boleh diterima. Tapi apa kata agama?
“Ubah fikiran kita, jangan hanya kerana kita anggap itu (perbuatan mungkar) sebagai lakonan, jadi tidak mengapa.
“Jika hari ini depan mata kita orang buat kemungkaran dan kita berkata tidak mengapa kerana sekadar lakonan sahaja, adakah itu boleh diterima sebagai alasan? Mestilah tidak! Jangan biasakan mengiyakan orang berbuat dosa, takut kita terangkut sekali,” kata Haris.
Sementara itu, PU Riz sempat mengingatkan kaum suami supaya jangan menjadi lelaki dayus dan menjaga akhlak dan keperibadian keluarganya.
“Tersangat penting kita menjaga ahli keluarga, isteri dan anak-anak dengan sentiasa menjaga aurat, pergaulan mereka kerana ada tuntutan agama di situ.
“Jangan jadi lelaki dayus buat tidak tahu bila isteri pakai baju nampak dada, anak-anak pakai ketat. Kerana di akhirat nanti, jika bapa tidak menegur, akan dipersoal kelak,” katanya.
Pada akhir nukilan, Haris menyeru masyarakat supaya mengubah pemikiran dengan tidak melakukan perkara yang ditegah dalam Islam walaupun sekadar lakonan.

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

#Neelofa #Suami #Isteri #PU Riz #Pesan #Haris Ismail #Dayus
;