Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Peringatan Yang Paling Lembut Dari-Nya ..." - Nazim Othman Mimpi Nyawa Dicabut Sebanyak Dua Kali

Zulaikha Yusof 08/06/2020 | 02:27 MYT
Aktor Nazim Othman mendedahkan dia mengalami mimpi menakutkan apabila nyawanya dicabut sebanyak dua kali.
Menurut Nazim, kejadian yang berlaku beberapa bulan lalu membuatkan dia mengalami masalah untuk tidur pada waktu malam disebabkan perasaan takut menghantui hidup.
"Ok, ini adalah rawak, tapi saya rasa mahu berkongsi. Beberapa bulan lalu, saya mimpi nyawa dicabut. Dah dicabut nyawa, lepas tu hidup semula selepas beberapa saat, lepas tu dicabut sekali lagi nyawa ini kemudian saya tersedar daripada tidur.
"Semestinya saya rasa takut. Rasa macam nyata dan kemudian saya tidak dapat tidur selama beberapa malam setelah malam itu," tulisnya.
Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah entri disertakan dengan sebuah video pencerahan tentang maksud mimpi itu di Instagram (IG) miliknya semalam.

Ok, this is random, but I feel like sharing anyway. A few months ago, saya mimpi nyawa dicabut.. dah dicabut nyawa, lepas tu hidup semula selepas beberapa saat, lepas tu dicabut sekali lagi nyawa ini kemudian saya tersedar daripada tidur. Of course I was scared... rasa macam real.. and then I couldn’t sleep for a few nights following that particular night. Orang kata mimpi ni mungkin sekadar mainan tidur, but the way I see this one, it serves as a softest reminder from Him for me to reevaluate my choices and the way I’ve been living my life. Wallahualam. Semoga kita semua meninggal dalam husnul khatimah. Amin.

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Dalam pada itu, pelakon drama Suri Katriana menganggap mimpi itu sebagai peringatan untuk dirinya menjadi insan lebih baik di muka bumi ini.
"Orang kata mimpi ni mungkin sekadar mainan tidur, tetapi cara saya melihatnya, ia berfungsi sebagai peringatan yang paling lembut dari-Nya untuk saya menilai semula pilihan saya dan cara saya menjalani kehidupan saya.
"Wallahualam. Semoga kita semua meninggal dalam husnul khatimah. Amin," tulisnya lagi.
Terdahulu, Nazim ada menyuarakan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua memandangkan usia sudah memasuki 36 tahun.
BACA: "Selepas Dua Tahun, Saya Akhirnya Membuka Hati Saya Untuk Berkahwin" - Nazim Othman
#Nazim Othman #Mimpi #Nyawa
;