Hiburan
Perjalanan Masih Jauh, Zahnita Wilson Titip Pesanan Buat Wanita Sama Penderitaan - “Pastikan Anda Berada Di Tempat…”
20 tahun menderita dalam perkahwinan, namun pelakon dan model Zahnita Wilson akhirnya mendapat kekuatan untuk keluar dari penderitaan tersebut.
Terima takdir
Menerima takdir yang sudah tertulis untuknya, Zahnita bagaimanapun berharap semua orang akan mendoakan perjalanan kehidupannya selepas ini dipermudah.
“Pendedahan itu dibuat sebab dia dah mula mencari saya dan ugut saya macam-macam. Alhamdulillah, Allah beri saya kekuatan. Allah yang tolong saya menjadi kuat.
“Apa yang terjadi, sudah tertulis takdir saya begini. Memang belum berakhir dan panjang lagi perjalanan saya tapi Insya-Allah doakan semua dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.
Titip pesanan
Dalam pada itu, pelakon dan model berusia 39 tahun ini menitipkan pesanan buat wanita yang melalui penderitaan sama sepertinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita Wilson Direman Kes Keganasan Rumah Tangga
ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita Bakal Fail Cerai, Bukan Mudah Berdepan Dengan Orang Narsistik - “Memang Susah Nak Lari…”
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Mata Lebam, Zahnita Jadi Mangsa Penderaan? - “Ini Sebab Saya Tinggalkan…”
“Untuk wanita yang alami situasi sama dengan saya, jangan diam… speak out. Tapi sebelum itu pastikan anda berada di tempat yang selamat bersama orang yang betul.
“Selain itu, pentingnya ada duit simpanan. Sebelum nak buat pendedahan di sosial media, kena pastikan diri anda dilindungi,” kongsinya.
Terdahulu, Zahnita akhirnya dapat menarik nafas lega apabila polis menahan suaminya bagi membantu siasatan selepas pendedahan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Zahnita memberitahu dia kini dalam proses menyiapkan dokumen untuk dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Kuantan bagi urusan permohonan perceraian pada Selasa.
Pada Isnin, suami kepada Zahnita ditahan polis bagi membantu siasatan selepas aktres itu membuat pendedahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Mahkamah Kuantan membenarkan permohonan reman terhadap suspek selama tiga hari dari Selasa hingga Khamis.
Must-Watch Video