Perjalanan Terakhir Cristiano Ronaldo Di Piala Dunia Diiringi Tangisan, Satu Dunia Terasa Sebak!
Bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo gagal menahan air mata apabila pasukan yang diwakilinya, Portugal tewas pada persaingan suku akhir Piala Dunia 2022 malam tadi.
Menerusi beberapa video yang tular di laman sosial, bintang bola sepak yang mesra disapa CR itu dilihat meninggalkan pada perlawanan dengan tangisan.
Pada perkongsian tersebut juga, CR dilihat begitu emosi saat menuju ke terowong stadium dan sama sekali tidak mempedulikan orang yang menegurnya.
CR dan pasukannya terpaksa akur apabila keputusan perlawanan yang berlangsung pada Sabtu menentang Magribi tidak memihak kepada mereka setelah Magribi menewaskan Portugal dengan jaringan gol 1-0.
Keputusan tersebut sekaligus membuat impian Portugal untuk ke pentas akhir dan memenangi trofi kejohanan musnah.
Bertambah sedih lagi, apabila dikhabarkan berkemungkinan ini merupakan Piala Dunia terakhir yang disertai bintang bola sepak berusia 37 tahun itu.
Cristiano Ronaldo retires from the #FIFAWorldCup in tears. pic.twitter.com/IFOyUJv3qH
— Roberto Rojas (@RobertoRojas97) December 10, 2022
Menjengah ke laman Twitter, rata-rata wargamaya turut merasa sedih melihat bintang bola sepak kegemaran mereka itu menangis.
Malah, ramai juga yang menganggap sudah tiba masanya buat CR berehat daripada beraksi setelah pelbagai kejayaan dicapai buat pasukan negaranya.
“Sebak gila tengok CR nangis, lepas ni dah takda dia dekat Piala Dunia,” kata seorang wargamaya.
“Rasa marah, sedih, kesal semua, sumpah pada Tuhan awak dah buat yang terbaik Ronaldo. Terima kasih kerana pamerkan aksi hebat di padang pada kami (penonton). You are one of the most blessed gift ever,” ciap seorang netizen.
“Salah satu definisi sakit tapi tak berdarah, berharap team Portugal juara Piala Dunia bersama tahun terakhir CR,” kata seorang warganet.
Sementara itu, ketua jurulatih Portugal, Fernando Santos turut memuat naik satu ciapan dengan mengatakan dirinya turut bersedih melihat keadaan anak buahnya itu.
“Sangat sedih melihat Ronaldo menangis dan impiannya untuk memang Piala Dunia telah berakhir.
“Jika anda mahu tahu, dua orang yang paling kecewa mungkin Cristiano Ronaldo dan saya sendiri,” katanya.
Very sad to see @Cristiano in tears as his dream of winning the World Cup ended. Those mocking him should remember what he’s done for football. For me, he’s the ?- and a great guy who’s had the toughest year of his life on & off the pitch. He’s earned our respect. pic.twitter.com/CCH8ggHkTv
— Piers Morgan (@piersmorgan) December 10, 2022