Laman Utama
“Perjuangan Dapatkan Garis Dua Ini Tidak Sia-Sia,” – 10 Tahun Usaha Hamil, Isteri Ucap Terima Kasih Pada Irwansyah
Pasangan selebriti Indonesia, Irwansyah dan Zaskia Sungkar bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Berita gembira itu diumumkan Zaskia dan Irwan menerusi akaun Instagram mereka semalam.
Lebih manis lagi, ‘hadiah’ itu dikurniakan Tuhan selepas 10 tahun melayari bahtera bersama suaminya.
Menurut Zazkia, dia tidak dapat mengungkapkan perasaannya dan bersyukur kerana tidak berputus asa mencari jalan untuk mendapatkan zuriat.
“Alhamdulillah, rintangan yang harus kami lewati cukup banyak. Usaha yang harus kami jalani sudah tak terhitung.
“Sepanjang hampir 10 tahun lamanya kami bersama, akan ada kebahagiaan kecil yang akan hadir menghampiri.
“Akhirnyaaa... Alhamdulillah aku hamil. Perjuangan mendapatkan garis dua ini tidak sia-sia. Ini jadi hadiah paling luar biasa bagi kami.
“Terima kasih untuk kamu @irwansyah_15 yang selalu bersedia menemaniku, mewujudkan kehamilan ini. Dan buat kamu yang masih belum dapat ku sentuh, tumbuhlah sehat selalu,” coretnya.
Terdahulu, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.
Zaskia juga mengambil keputusan untuk mencuba rawatan bayi tabung uji atau IVF tahun ini.