Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

"Perkahwinan Aku Sebenarnya Dipaksa Abah" - Ozlynn Kongsi Kisah Bersama Johan Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Rozaimi Zubaidi 13/06/2019 | 07:42 MYT
Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ozlynn menjelaskan perkahwinannya bersama Johan akibat dipaksa oleh abahnya dan bersyukur apabila keputusan yang dilakukan itu adalah tepat.
"Birthday nyawa hari ini. Nak minta tolong semua doakan kesejahteraan, kesihatan yang baik buat suami saya. Seorang yang tak banyak cakap sebenarnya, suka buat kecoh untuk hiburkan orang.
"Sentiasa bersangka baik. Seorang yang positif. Suka tolong orang walaupun orang tu dah tipu dia banyak kali. Untuk dia, nak merubah sesuatu yang lazim agak sukar, perlukan masa, pengorbanan dan kesabaran.
"Memang lain pemikiran dia dengan aku sebenarnya. Banyak aku belajar dari dia. Perkahwinan aku sebenarnya dipaksa abah. Ya Allah bersyukur sangat sebab dengar cakap abah.
"Kalau tak kehilangan harta akhirat yang besar dalam hidup aku. Papa, tak ada apa mama nak mintak dah semua papa dah bagi dan semua kita belajar sama-sama dari bawah.
"Harta paling besar anak-anak kita. Selebihnya bonus dari-NYA. Bersyukur sangat setiap hari kita belajar. Semoga sampai ke syurga kita sama-sama dengan anak-anak," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan serta kesihatan mereka.
Hasil perkahwinan Johan dan Ozlynn, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
#Pelawak #Johan #Ozlynn