HIBURAN

Perkahwinan Dengan Luna Maya Sudah Dekat, Maxime Bouttier: “Dia Sudah Ada List…”

Maliah Surip 25/02/2025 | 12:55 MYT
Cinta yang terjalin di antara Luna Maya dengan kekasih mudanya, Maxime Bouttier bukan lagi rahsia.
Maxime malah mengaku sudah kerap menerima pertanyaan tentang rancangan perkahwinannya dengan aktres berusia 41 tahun itu sejak mereka menjalin hubungan beberapa tahun lalu.
Saat ditanya Maia Estianty mengenai rancangan perkahwinan, Maxime, 31, mengaku sudah membicarakan hal tersebut bersama Luna Maya.

“Kalau dibicarakan (tentang kahwin) memang sudah kami cakap. Soalnya sudah agak dekat (perkahwinan),” ujar Maxime sewaktu menjadi tetamu YouTube Maia Estianty seperti dilaporkan InsertLive.

Bagaimanapun aktor kelahiran Perancis itu tidak memperincikan rancangan perkahwinan mereka dan memilih untuk merahsiakannya.

“Ramai yang tanya pasal rancangan kahwin tapi kami mahu simpan sendiri.
“Kalau terjadi (nikah) pasti dapat undangan. Luna sudah mempunya list (senarai undangan),” katanya lagi.

#Perkahwinan #Indonesia #Selebriti #Luna Maya #Maxime Bouttier