“Perkara Ini Akan Dimuktamadkan Secara Baik” - Peguam Fattah Amin
Firdaus
07/10/2024 01:18 MYT
07/10/2024 01:18 MYT
Sebutan kedua tuntutan perceraian antara pasangan selebriti iaitu Nur Fazura terhadap Fattah Amin bakal diselesaikan secara baik.
Peguam syarie mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong menyatakan setakat ini beberapa perkara akan dimuktamadkan secara baik.“Setakat perkembangan sekarang, insya-Allah perkara ini akan dimuktamadkan secara baik.
Peguam syarie mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong menyatakan setakat ini beberapa perkara akan dimuktamadkan secara baik.
“Setakat perkembangan sekarang, insya-Allah perkara ini akan dimuktamadkan secara baik.
“Respon Fattah sangat positif dan insya-Allah perkara ini dapat diselesaikan secara baik,” katanya ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Isnin.
Dalam pada itu, Zulkifli memberitahu, wujud perbincangan secara baik diantara peguam kedua belah pihak.
“Ada perbincangan secara baik diantara peguam kedua belah pihak. Sudah tentulah atas arahan anak guam,” katanya.
Sebelum ini, mahkamah menangguhkan kes perceraian susulan menerima cadangan baharu daripada defendan yang mahu kes itu diselesaikan secara baik.
Ketika prosiding kes pertama pada 25 September lalu, Fattah atau nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, enggan menceraikan Fazura atas alasan masih lagi menyayangi isterinya, manakala Fazura nekad mahu berpisah.