gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Berang Lagu 4U2C Dimuat Naik Tanpa Izin Di Platform Digital, AC Mizal Tuntut Penjelasan Man Senoi - “Keluarkan Suara Kami, Kau Jual Instrumental”
VIRAL
Wanita Didakwa Simpan, Sebar Gambar Lucah Cikgu
BERITA
Pelancong AS Puji Makanan Malaysia Lebih Sedap, Murah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Perkara Ini Memang Berlaku Kepada Masyarakat, Perlu Dikupas Supaya Jadi Pengajaran” - Rosyam Nor

Mya Amri
Mya Amri
13/03/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
“Perkara Ini Memang Berlaku Kepada Masyarakat, Perlu Dikupas Supaya Jadi Pengajaran” - Rosyam Nor
Pelakon, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa syukur dapat membawakan watak Iman dalam sebuah drama seperti dikehendaki pengarah dan penulis skrip karya tersebut.

Kisah realiti kehidupan

Rosyam, 58, atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin menganggap watak lakonan dan naskhah berkenaan cukup bagus kerana ia mengangkat kisah realiti kehidupan masyarakat.
"Alhamdulillah saya sudah bawa watak itu sebaik mungkin dan membuatkan orang memberi maklum balas.

"Kalau ikutkan apa sangat reaksi yang saya buat pun. Mungkin perbuatan-perbuatan itu membuatkan orang geli," katanya.

Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada sidang media & majlis tayangan perdana program Raya Astro 2025 bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.
Mengulas lebih lanjut, Rosyam mengatakan sebagai pelakon dia menerima watak itu selepas berasa terpanggil untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa ada insan-insan teraniaya di luar sana yang tidak diberikan perhatian.
"Bagi saya tanggungjawab untuk bawa watak sebegitu kerana drama itukan mengajar. Tetapi mungkin ada di antara perbuatan-perbuatan saya itu membuatkan orang jijik dan meluat.
"Itu lakonan dan alhamdulillah bagi saya jika orang benci watak itu saya bersyukur kerana berjaya mempotretkan watak Iman seperti dikehendaki Erma dan Ain (pengarah) dan juga skrip itu," ujarnya.

Jadi pengajaran

Ditanya apabila ada segelintir penonton yang menyamakan mimik mukanya dengan beberapa video viral sebelum ini babit seseorang individu terkenal Rosyam sebaliknya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon.
"Bagi saya tidak ia membabitkan sesiapa. Saya berlakon tidak nak tuju pada siapa-siapa. Berbekalkan bakat dan pengetahuan saya sahaja.
“Malah itu berlaku kepada semua orang kalau nak menggatal atau membuat panggilan pada wanita wajah-wajah demikian yang akan muncul.

"Perkara ini memang berlaku kepada masyarakat dan perlu dikupas supaya menjadi pengajaran untuk generasi akan datang. "Kalau kita nak sorok susahlah sebab sebenarnya medium hiburan itu juga boleh jadi platform untuk dakwah. Jadi jika kita melihat kepada kebaikan ia akan menjadi baik begitu juga sebaliknya," jelasnya.

Malah, pelakon hebat ini juga tidak menjadikan faktor umur sebagai penghalang diri untuk membawakan watak demikian.
Menurut Rosyam lagi, bagi penonton yang hanya melihat daripada sedutan drama terbabit tidak patut membuat penilaian semberono.
"Drama itu tidak boleh dinilai daripada sedutan atau klip pendek di media sosial sahaja. Ia baru ditayangkan enam episod hingga minggu depan.
“Macam mana siapa saja nak cakap benda itu menjijikkan dan memberi tafsiran yang pelbagai.
“Bagi saya okey sahaja bila ada tokoh agama dan orang ramai sudah komen, maknanya orang menonton,” katanya.
Topic Berkaitan
#Rosyam Nor
#Pengajaran
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement