Pelakon dan penyanyi terkenal Korea, Rain menolak dengan baik untuk tidak menjawab soalan berhubung kisah rumah tangganya kepada umum.

Menurut Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon, 35, dia tidak mahu mencampur adukkan antara kerjaya dan kisah peribadinya hanya untuk meraih perhatian.

“Ramai yang bertanya kepada saya tentang kehidupan selepas berkahwin.

“Saya kerap menerima soalan seperti bagaimana dengan keadaan keluarga saya, apakah perasaan saya dan lain-lain.

“Pada mula saya okay sahaja namun selepas melihat keluarga selebriti lain, saya dah tetapkan satu syarat.

“Saya tidak mahu bercerita tentang perkara atau masalah yang berkaitan dengan keluarga saya.

“Ikut pada keadaan, andai kata saya diberi soalan mengenai perkara tersebut saya akan minta jasa baik mereka untuk memahami keadaan saya,” katanya.

Rain berkata demikian dalam satu temubual dalam program SBS Power FM’s Cultwo Show’ yang bersiaran baru-baru ini.

Tambah Rain lagi perkara itu tidak bagus untuk tontonan isteri dan anaknya kelak.

“Bukan apa, saya rasa pendedahan tentang perkara-perkara seperti itu tidak bagus untuk isteri dan anak saya kelak,” jelasnya.

Sumber: Allkpop