Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Perkara Yang Paling Takut Dalam Hidup Terjadi .." - Nenek Nabila Huda Meninggal Dunia

Zulaikha Yusof 06/05/2020 | 17:55 MYT
Nenek kepada pelakon Nabila Huda, Indon Ramli telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam.
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil menerusi sebuah entri di Instagram (IG).
Menurut Abil, saat ini dia menghadapi situasi yang sukar selepas kehilangan orang tersayang.
"Hari ini Abil nak luah perasaan dengan korang. Dalam hidup kita mesti ada perkara yang paling kita takut..Macam Abil, Abil paling takut dengan kehilangan.
"Abil tak pernah melalui kehilangan dalam hidup..Tidak pernah saya membayangkan hidup tanpa seseorang yang saya sayangi.
"Saya selalu takut kehilangan seseorang dalam hidup saya. Sebab Abil takut Abil tak boleh nak lalui atau Abil taktau macamana nak melalui. Abil takut nak lalui perasaan tu. Abil selalu fikir kuat ke Abil untuk menghadapi situasi tu," tulisnya.

Hari Ini Abil Nak luah perasaan dengan korang.Dalam hidup kite Mesti ada Perkara yang paling kite Takut..Macam Abil,Abil paling Takut dengan kehilangan. Abil tak pernah melalui kehilangan dalam hidup..never I imagine life without someone i love. I always scared of losing someone in my life. Sebab Abil Takut Abil tak boleh Nak lalui or Abil taktau macamana Nak go through. Abil Takut Nak lalui perasaan tu.Abil slalu fikir Kuat ke Abil untuk menghadapi situasi tu. Tapi hari ini..6th May 2020, Abil kehilangan nenek Abil..Dia Pergi jam 7 tadi. Dia lah Nenek yang jaga Dan membesarkan Abil dari kecik..Nenek dah Takde..Perkara yang paling Abil Takut dalam hidup Terjadi Pada hari ini..Seriously, I’m lost..Dada rasa sakit macam perasaan tak lepas..Abil tengah cuba Untuk memahami keadaan ni.Kepada Siapa yang kenal nenek,Halalkan makan minum Dia ya..Mintak korang semua sedekah kan al-fatihah pada arwah nenek saya, indon bt ramli..?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 menyatakan arwah nenek adalah individu yang membesarkannya sejak kecil.
"Tapi hari ini 6 Mei 2020, Abil kehilangan nenek Abil..Dia pergi jam 7 tadi. Dia lah nenek yang jaga dan membesarkan Abil dari kecik.
"Nenek dah takda. Perkara yang paling Abil takut dalam hidup terjadi pada hari ini. Seriously, I’m lost.
"Dada rasa sakit macam perasaan tak lepas. Abil tengah cuba untuk memahami keadaan ini. Kepada siapa yang kenal nenek, halalkan makan minum dia ya..Mintak korang semua sedekah kan al-fatihah pada arwah nenek saya, Indon Ramli," tulisnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berdukacita atas kehilangan nenek Abil.
Takziah diucapkan kepada Abil sekeluarga atas kehilangan nenek tersayang. Al-Fatihah.
#Nabila Huda #Meninggal Dunia #Nenek
;