“Perkataan Pertama Dia ‘Lapar’ Sebab…”- Shaheizy Sam Syukur Syatilla Melvin Selamat Jalani Pembedahan

Syafiqah Jalal
Oktober 22, 2020 05:44 MYT
Aktor Shaheizy Sam bersyukur isterinya, Syatilla Melvin selamat menjalani pembedahan membuang tonsil semalam.
Menurut Sam, pembedahan selama lebih satu jam itu berjalan dengan lancar dan Syatilla dinasihatkan untuk tidak makan makanan yang panas.
“Alhamdulillah, keadaan dia ok cuma tekak pedih dan doktor nasihatkan supaya tak makan makanan yang panas.
“Ayat pertama dia selepas keluar bilik pembedahan adalah ‘lapar’ sebab dia berpuasa selama lebih kurang 20 jam sebelum menjalani prosedur itu.
“Sebenarnya dah lama dah tonsil cuma baru sekarang ada masa dan kesempatan untuk membuangnya,” katanya kepada Gempak.
Sam dihubungi Gempak menerusi WhatsApp selepas dia memberitahu di akaun Instagram miliknya mengenai pembedahan tersebut.
Tambah Sam, Syatilla bakal berehat lebih kurang seminggu sebelum kembali bekerja.
“Saya harap Syatilla bolah keluar hospital hari ini dan berehat di rumah sekurang-kurangnya seminggu sehingga baik.
“Sekarang ini anak-anak bersama dengan nenek dan sepupu di rumah. Nasib baik juga adik beradik Tilla juga duduk berdekatan sahaja,” katanya lagi.
Sam dan Syatillla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
#Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #pembedahan #Artis