Hiburan
Perlahankan Aktiviti Seni Lara Alana, Awal Ashaari Tumpukan Kepada Pendidikan
Pengacara dan pelakon Awal Ashaari menyatakan anak perempuannya, Lara Alana bukan seorang selebriti.
Menurut Awal, dia sudah memperlahankan aktiviti seni Lara untuk memberi tumpuan kepada persekolahan.
"Kami mahu orang tahu Lara bukanlah selebriti dan kerana itu sejak setahun lalu kami sudah perlahankan aktiviti seninya.
"Tambahan pula dia sudah bersekolah dan pada usia lima tahun ini adalah waktu serius untuknya.
“Kami mahu dia fokus persekolahan, memandangkan cikgu di sekolahnya sangat menitikberatkan soal kehadiran," katanya kepada Gempak.
Awal ditemui ketika sambutan hari lahir Lara yang kelima di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur.
Tambah Awal dia lebih suka Lara memilih kerjaya lain namun tidak menghalang jika anak perempuannya mengikut jejak langkah mereka suami isteri.
"Sebolehnya kami mahu dia melakukan kerja lain kerana kami tahu kerjaya seni ini tidak ada pendapatan tetap serta tidak terjamin.
"Saya lebih suka Lara mempunyai profesion contohnya sebagai seorang juruterbang atau pensyarah.
"Namun, jika Lara memilih untuk menurut jejak langkah kami, tiada halangan cuma kami mahu dia ada pendidikan.
“Jika dilihat sekarang Lara cenderung menyanyi dan kadang-kadang nada suaranya kena dengan lagu yang disampaikan,” katanya lagi.
Awal berkahwin dengan aktres Scha Alyahya pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana, 5.
Must-Watch Video