Perlawanan Tertunda 45 Minit, Lelaki Rantai Diri Di Tiang Gol! Papar Baju ‘Red Card For Israel’
Gempak
02/06/2024 21:53 MYT
02/06/2024 21:53 MYT
Seorang lelaki merantai dirinya di tiang gol sebelum perlawanan pusingan Kelayakan Euro Wanita 2025 di antara Scotland dan Israel di Stadium Hampden, Glasgow pada Sabtu lalu menjadi tular.
Perlawanan yang dimainkan secara tertutup itu terpaksa ditunda selepas lelaki berkenaan menggunakan rantai dan mangga tahan lasak untuk mengikat lehernya di tiang gol sebagai tanda protes terhadap serangan tentera Israel di Gaza.
Bagaimanapun, apabila kedua-dua pasukan kembali ke lapangan, pemain Israel mengangkat jersi dengan menunjukkan baju yang tertera mesej ‘hantar mereka pulang’ sebagai merujuk kepada warga mereka yang sedang berada dalam tahanan Hamas.
Perlawaanan itu tertunda selama 45 minit dengan Scotland kemudian meraih kemenangan 4-1.
STADIUM ASTRO
Red card for Israel

Lelaki tersebut memakai baju berwarna hitam dengan tulisan Red Card For Israel (kad merah untuk Israel).