VIRAL

Perlekeh Cik Epal Bersalin Guna Epidural & Gelar Sebagai ‘Cheat Code’, Jofliam Cetus Kemarahan Kaum Ibu - “Moga Ada Kifarah Untuk Orang Mulut Puaka Macam Ni!”

Mya Amri 20/04/2025 | 00:56 MYT

Usahawan, Jofliam mencetuskan kemarahan kaum ibu selepas tular satu tangkap layar yang menunjukkan perbualan antara dirinya dan seorang individu menerusi Direct Massage (DM) di Instagram.

Didakwa perlekeh guna epidural

Tangkap layar tersebut jelas menunjukkan perbualan Jofliam yang seolah oleh memperlekehkan bekas isterinya iaitu pempengaruh, Cik Epal yang bersalin dengan menggunakan bantuan suntikan epidural.

Perbualan tersebut tercetus selepas individu itu menyebut tentang pengorbanan yang Cik Epal lalui ketika melahirkan anak-anak mereka iaitu Han dan Yuki sebelum ini.

undefined

Untuk info, Epidural membantu ibu mengurangkan kesakitan semasa proses kelahiran melalui suntikan anestetik ke dalam ruang epidural tulang belakang yang lebih rendah.

Berbanding memberikan kekebasan sepenuhnya pada seluruh tubuh pesakit, anestesia epidural hanya menyebabkan sebahagian kehilangan rasa pada bahagian yang disuntik, yang membolehkan ibu untuk sedar sepenuhnya bagi menyaksikan kelahiran bayi.

#Viral #Kontroversi #Bersalin #Hamil #Isu #Tular #Ibu #Marah #Epidural #Cik Epal #Perlekeh #Cheat Code #Jofiam #Para Ibu