Laman Utama
“Perlu Ke Rakam Semata-mata Nak Tunjuk Buat Baik?” - Tony Eusoff Persoal Tindakan Instafamous Beri Duit Pada Pekerja
Aktor kacak Tony Eusoff mempersoalkan tindakan seorang personaliti media sosial yang merakamkan aksi memberi sejumlah wang kepada pekerjanya yang melakukan dua kerja.
Menerusi laman sosial Twitter, Tony meluahkan pendapatnya dengan menyatakan apakah keperluan seorang majikan merakamkan video mempamerkan kebaikan terhadap pekerjanya.
“Ada video sorang staff buat side income buat food delivery. Video dirakam oleh boss sendiri apparently. Pastu boss dia siap hulur RM50. And then caption nya boss macam tu baik la konon. Soalannya, perlu ke rakam semata2 nak tunjuk ko buat baik? Mintak puji much?” tulis Tony menerusi satu ciapan.
Pada minggu lalu, seorang Instafamous memuat naik sepotong video bertemu dengan pekerjanya sendiri sedang melakukan kerja penghantaran makanan selepas tamat waktu pejabat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kerana berasa kasihan, dia menghulurkan wang RM50 dan meminta pekerjanya pulang ke rumah untuk menghabiskan masa bersama keluarga.
Perkongsian Instafamous itu telah meraih lebih 600,000 tontonan daripada pengikutnya yang rata-rata memuji akan keprihatinannya sebagai majikan.
Sementara itu di ruangan balas Twitter, ramai wargamaya yang menyokong pendapat Tony dan merasakan tindakan merakam aksi memberi duit itu ibarat membuka pekung sendiri.
“Nampak sangat bos bagi gaji tak cukup sampai staff kena buat 2 kerja. Naik kan gaji dia la,” luah seorang wargamaya.
“Kalau gaji cukup, he won't need to do two jobs in the first place,” ujar seorang wargamaya.
“Kalau ada agama dia jadi penunggang agama. Kalau dia takde agama dia jadi penunggang pendidikan moral,” kata seorang wargamaya.
“Boss yang bayar gaji kecik sampai staff terpaksa buat second job sepatutnya yang malu. Hulur RM50 buat apa, better increase salary so no need for second job,” komen seorang wargamaya.
“Nak heran ape, kawan mati pun die usung camera bwk msuk kubur..gile,” luah seorang wargamaya lagi.
“Ignorant level 99999. Staff buat side income hulur RM50, rakam tunjuk kat semua orang. Should’ve consulted the staff kenapa sampai kena buat 2 kerja, bincang lah nak naikkan gaji ke apa. Tapi takpelah husnuzon lah mungkin tempat kerja dia pun tak mampu dah nak bayar lebih,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, ciapan Tony tersebut telah menerima hampir 2,000 tanda suka daripada wargamaya.