Terkini

"Perlu Ker Jadi Role Model?" - Jemput 'Hot Daddy' Ke Podcast, Netizen Gesa Fahmi Fadzil Ambil Tindakan Tegas!

gempak
Gempak
06/02/2024
09:30 MYT
Sponsor Banner
"Perlu Ker Jadi Role Model?" - Jemput 'Hot Daddy' Ke Podcast, Netizen Gesa Fahmi Fadzil Ambil Tindakan Tegas!
Tindakan laman web penstriman yang menjemput duda terkenal, yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ sebagai tetamu podcast mengundang rasa kurang senang orang ramai. Menerusi perkongsian yang dilakukan oleh seorang pengguna X, perbuatan mereka yang menjemput ‘hot daddy’ tersebut dianggap tidak sensitif kerana seperti mengagungkan orang yang tidak berakhlak. "Salam YB @fahmi_fadzil, mohon ambil tindakan kepada content creator ni. Dari dulu buat content podcast menjemput orang-orang yang runtuh akhlak. “Benda ni boleh menyebabkan orang menganggap pelacuran itu satu perkara yang diagungkan,” tegas individu tersebut. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat yang diutarakan hantaran ini dan menyelar tindakan pihak podcast tersebut.

Berita Trending: "Jangan Cepat Menghukum, Kami Tidak Support…” - Bros Gang Ulas Isu Jemput 'Hot Daddy'

“Brosgang ni bila je cerdik tak habis-habis konten pasangan curang la perempuan rosak akhlak lah ini naikkan 'bapa ayam' pulak. “Podcast mereka ni memang suka yang hal-hal kontroversi , how desperate diorang nak dapat engagement tu. “Perlu ke jadi role model dan dijemput untuk podcast seolah-olah cuba mempromosikan aktiviti tidak bermaruah,” selar beberapa netizen. Setakat artikel ini ditulis tiada lagi sebarang kenyataan rasmi atau tindakan yang diambil terhadap pihak yang terlibat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live