Perlukan Bantuan Dalam Perniagaan? TESCO Akan Bantu Anda Sempena Kemerdekaan Tak Lama Lagi!
Asraf Aided
27/08/2020 02:59 MYT
27/08/2020 02:59 MYT
Para peniaga kebanyakannya terjejas ekoran krisis penularan wabak COVID-19 di negara kita
sejak Mac lalu.
Ekoran itu, pihak TESCO amat prihatin dengan nasib yang dialami oleh kebanyakan peniaga kecil dan pengusaha SME di Malaysia yang mengalami kerugian, malah ada yang terpaksa 'gulung tikar'.
Bukan sekadar itu, TESCO juga mengambil berat tentang hala tuju golongan yang mahu memulakan perniagaan, mahupun yang baru mempunyai idea untuk membina satu perniagaan baru.
Kini, rakyat Malaysia yang mengusahakan SME, golongan yang baru memulakan perniagaan (berdaftar atau tidak berdaftar) dan menghadapi cabaran dalam perniagaan sepanjang tempoh krisis COVID-19. Anda berpeluang untuk mendapatkan bantuan dengan mengiklankan perniagaan perniagaan jualan anda secara percuma di stesen radio ERA / MY serta baucar TESCO bernilai RM5,000 menerusi Kempen Hero Bangkit TESCO!
Lebih menarik lagi, kempen ini juga boleh disertai oleh anda yang belum memiliki perniagaan dan ingin menjalankan satu perniagaan baru.
Ya benar! Jika anda memerlukan bantuan dalam perniagaan, inilah peluang anda!
Caranya mudah sahaja, anda perlu melayari www.herobangkit.com.my , kemudian isikan maklumat yang diperlukan dan beritahu pihak penganjur tentang bagaimana perniagaan anda terkesan daripada krisis COVID-19.
Selain itu, anda juga perlu menyatakan apa langkah yang telah dilakukan untuk bertahan atau membina semula perniagaan anda, dan mengapa anda memerlukan bantuan daripada pihak penganjur.
Harus diingat, setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja. Ia terbuka
kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas ketika tarikh penyertaan dihantar.
Bila Kempen Ini Bermula?
Kempen Hero Bangkit akan bermula pada 6 Ogos 2020 dan berakhir pada 30 Ogos 2020. Penyertaan mestilah diterima oleh pihak penganjur sebelum jam 11.59 PM pada 30 Ogos 2020. Proses undian pula akan bermula pada 31 Ogos hingga 4 September 2020 pada jam 11.59 PM.
Manakala, senarai pemenang pula akan diumumkan pada 7 September sehingga 13 September 2020.
Bagaimana Pemenang Dipilih?
Peserta yang paling kreatif dan memenuhi kriteria yang dimahukan oleh pihak penganjur akan memenangi kempen ini.
Lebih Gempak! Senarai pemenang akan diumumkan selepas tamat tempoh penyertaan menerusi program HLive!
Mari sama-sama bangunkan ekonomi dan merdekakan diri daripada masalah perniagaan dengan kempen Hero Bangkit daripada Tesco ini.
Tunggu apa lagi? Siap sedia dan hantar penyertaan anda di www.herobangkit.com.my secepat
mungkin!