Laman Utama
Perlukan Lesen Memandu Untuk Hantar Ibu Ke Hospital, Pelajar Lepasan SPM Ini Buat Shah & Mek Zura Sayu
Bersempena dengan minggu terakhir SPM untuk kebanyakan pelajar, GEGAR Pagi telah memilih seorang pelajar SPM untuk mendapatkan lesen memandu menerusi peraduan ‘GEGAR Pagi Belanja Lesen Kereta’.
Peraduan yang berlangsung pada 15 hingga 17 Mac ini telah menobatkan Nur Maisarah Mohd Sabri dari Wakaf Baru, Kelantan sebagai pemenang.
Menurut Nur Maisarah, 18, dia memerlukan lesen memandu kerana perlu menghantar ibunya ke hospital untuk setiap dua hari.
“Mak saya mengidap kencing manis. Selalu ayah yang mak ke hospital tapi ayah dah tak sihat. Kadang kakak yang hantar pegi hospital tapi kakak pun takde lesen kereta, tawakal sahaja. Mak kena pergi hospital untuk cuci kaki sebab yang belah kanan ni dah luka pulak,” luah Maisarah sambil menangis sewaktu dihubungi penyampai GEGAR Pagi, Shah dan Mek Zura.
Sebanyak 2000 penyertaan diterima dalam masa tiga hari dan empat calon disenaraipendekkan.
Peraduan dengan kerjasama Institut Memandu Yakin Pandu ini sebulat suara telah memilih Nur Maisarah sebagai pemenang kerana kisahnya yang perlu menghantar ibunya ke hospital itu cukup menyayat hati.
Jangan lupa dengarkan GEGAR Pagi bersama Shah dan Mek Zura yang bersiaran pada pukul 6 sehingga 10 pagi, pilihan nombor satu Pantai Timur.
Must-Watch Video