Viral

Permainan Gelongsor Air Kaca Di I-City Tiada Kelulusan MBSA

gempak
Gempak
30/01/2025
11:25 MYT
Sponsor Banner
Permainan Gelongsor Air Kaca Di I-City Tiada Kelulusan MBSA

Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung baru-baru ini masih belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk beroperasi.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif memaklumkan, pihaknya telah mengeluarkan notis supaya dihentikan ketika masih dalam tempoh pembinaan, namun tidak dipatuhi.

Menurutnya, susulan itu pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan kompaun terhadap pihak i-City pada 14 November 2024.

"Permainan ini belum dapat kelulusan beroperasi. Mereka (i-City) perlu menghantar permohonan kebenaran merancang (KM) dan permit sementara.

"Pihak i-City dikompaun kerana tidak membuat permohonan kelulusan sebelum beroperasi. Ada notis untuk henti ketika pembinaan tetapi tidak patuh, jadi MBSA keluarkan kompaun.

"Tindakan notis henti kerja dan kompaun dikeluarkan pada 14 November tahun lalu. Permainan ini akan diminta menghentikan operasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai insiden pelampung permainan gelongsor air kaca setinggi 60 meter (m) dan sepanjang 600m di Menara SkyCity, i-City dipercayai terjatuh dan menimpa pengunjung.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu turut memaparkan mangsa menangis dan mengadu kesakitan selepas ditimpa pelampung terbabit.

Perkara itu mencetuskan kebimbangan orang ramai dan mempersoalkan tahap keselamatan permainan di taman tema tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024