Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Permintaan Drift Ditolak IshowSpeed, Sharina Richie Tak Kecil Hati - "Niat Saya Nak Tunjuk Kehebatan Wanita Dalam Bidang Automotif"

Ernalisa
21/09/2024 03:55 MYT
Personaliti media sosial, Sharina Richie akui berasa sedikit kecewa apabila cubaannya mempelawa YouTuber terkenal dunia, IShowSpeed menaiki kereta yang dipandunya ditolak oleh lelaki berkenaan.

BERITA BERKAITAN : Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

BERITA BERKAITAN : Zizan Razak & Johan Pertaruh Nasib Dengan Idea 13 Tahun Dato’ Afdlin? | GMW Highlights

BERITA BERKAITAN : Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

BERITA BERKAITAN : Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

Bagaimanapun kata Sharina, kekecewaan itu tidak berpanjangan sebaliknya gadis yang aktif di trek lumba ini berpuas hati setidak-tidaknya telah cuba mempelawa YouTuber terkenal dari Amerika Syarikat itu.


"Tipulah kalau kata tak sedih, namun tidak berpanjangan. Saya kata mempelawa Speed untuk menaiki kereta yang saya drift.


"'Namun ditolak, tapi tak mengapa sekurang-kurangnya saya sudah cuba yang terbaik dan motif utama saya sebenarnya adalah nak tunjukkan kehebatan wanita dalam bidang automotif.


"Saya tahu dia mempunyai pengikut yang ramai, jadi kiranya satu dunia boleh nampak ada wanita Malaysia yang boleh drift.

Dalam pada itu, Sharina juga menafikan dakwaan Speed menolak pelawaan itu gara-gara personaliti YouTube, Alieff Irfan yang dikatakan seolah-olah tidak memberi sokongan terhadap dirinya ketika itu.

Terdahulu, tular satu video merakamkan Speed bertanyakan kepada Alieff adakah dia percaya kepada Sharina untuk memandu.

Alief kemudiannya menjawab dia tidak tahu dan enggan mengambil risiko.

Disebabkan video itu, netizen berpendapat Alieff tidak sepatutnya berkata begitu, seolah-olah tidak mahu melihat Speed menaiki kereta yang pandu Sharina.

Namun Sharina pula tidak cepat melatah dengan komen netizen dan memohon maaf kepada rakannya itu.


#direject #frust #Sharina