Penyanyi, Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah berangkat ke Tanah Suci, Makkah untuk menunaikan ibadah umrah hari ini.

Berita itu dimaklumkan Bella menerusi hantaran terbaharu di ruangan Instagram dan juga IG Story miliknya sebentar tadi.

Dalam hantaran tersebut, Bella mendoakan agar segala urusan ibadah mereka dipermudahkan.

“Bismillahirrahmanirrahim… Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah perjalanan yang bermanfaat. Permudahkanlah kami untuk melihat keindahan alam ciptaan Mu agar kami insaf betapa kerdilnya kami di sisi Mu.

“Jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaan Mu,” coretnya.

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Terdahulu, Bella dan Aliff pernah meluahkan hasrat untuk ke Makkah dan ini merupakan umrah pertama mereka.

Sekadar info, Aliff yang juga merupakan penyanyi kelahiran Singapura berjaya merebut gelaran juara Gegar Vaganza 8 (GV8).

BACA: Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza 8, Kaut RM100,000

Aliff, 31, menewaskan lima peserta lain menerusi mempersembahkan lagu Sampai Syurga secara solo dan lagu Dealova duet bersama Hafiz Suip, manakala segmen battle berentap bersama Aweera menerusi lagu Bangun (Aman Ra).