Pernah Bekerjasama Dalam ‘Sepahtu Reunion’, Aretoy Banyak Belajar Daripada Ebby Yus - “Dia ‘Offer’ Diri`` Untuk Kita Bahan Dia”
Asyikin Mayudin
30/10/2024 03:55 MYT
30/10/2024 03:55 MYT
Pernah bekerjasama menerusi program Sepahtu Reunion, pempengaruh media sosial, Aretoy memberitahu dia belum mempunyai kesempatan untuk melawat pelawak Ebby Yus yang kini dalam keadaan tidak sihat.
Belum berkesempatan
Mengetahui keadaan kesihatan pelawak itu semakin merosot melalui media sosial, Aretoy bagaimanapun berkata dia mempunyai perancangan untuk pergi ke rumah Ebby Yus pada minggu ini.
“Saya pernah bekerjasama dengan Ebby Yus masa di Sepahtu Reunion. Saya tahu keadaan dia yang memang tak berapa nak sihat.
“Saya ada tengok di media sosial, sebab buat masa ini saya belum berkesempatan nak tengok dan melawat dia. Ikutkan dalam minggu ini memang ada perancangan sebab abang Ebby pun duduk KL saja.
“Dekat saja untuk datang tengok, kawan-kawan pun kata nak pergi tengok,” kata Aretoy kepada Gempak.
Banyak belajar
Dalam pada itu, Aretoy turut mendedahkan Ebby Yus adalah individu yang banyak membantunya dalam dunia komedi malah pelawak tersebut juga merelakan diri untuk dijadikan bahan jenaka.
“Bekerjasama dengan abang Ebby Yus sangat-sangat senang. Dia sangat membantu, masa dekat Sepahtu Reunion pun dia banyak mengajar saya.
“Dia sendiri yang offer kepada saya ‘kalau kau nak bahan abang, kau bahan saja. Kau nak buat apa, kau buat saja’. Dia tak pernah rasa diri memang senior, jauh daripada kita.
ARTIKEL BERKAITAN: Mohon Maaf Jika Menggores Hati Orang, Keadaan Kesihatan Ebby Yus Semakin Merosot - “Saya Dah Bersedia Apa Saja Yang Berlaku
ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar Dedah Shuib Bagi Pinjam Wang Sehingga RM10,000, Nabil Ahmad & Ebby Yus Pula Terus ‘Bank In’ - “Ada Yang Sampai Bini Suruh Block”
“Walaupun saya ini orang baharu, tapi dia sendiri yang tawarkan diri dia untuk kita bahan dia. Dia okay saja, dan pesan jangan takut… dia memang banyak mengajar saya,” ujarnya.
Terdahulu, Ebby Yus, yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan memasukkan tiub akibat komplikasi buah pinggang memohon maaf kepada mana-mana individu yang tergores hati dengannya.
Sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan, pelakon berusia 59 tahun ini memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin merosot.
Sempat menitipkan pesanan kepada rakan artis, tambah Ebby Yus lagi, tidak semua penonton akan senang dengan lawak dan perwatakan yang dibawanya.