Pernah Berbasikal Sambil Lihat View Sungai Perak? Kalau Belum, Ini 5 Sebab Syoknya Join Janamanjung Fellowship Ride 2019!
Hanafis Haris
25/04/2019 04:04 MYT
25/04/2019 04:04 MYT
Pada yang masih belum mengenali apa itu Janamanjung Fellowship Ride (JMFR), ia merupakan satu acara berbasikal anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diadakan sejak 2008.
Saban tahun, acara tahunan ini mendapat perhatian ramai hingga diiktiraf sebagai aktiviti tahunan dalam kalendar pelancongan negeri Perak.
Kini JMFR anjuran Tenaga Nasional Berhad kembali memasuki edisi ke-12 dan bakal berlangsung di Teluk Batik, Lumut pada 28 April 2019 ini.
Jika ada yang masih tertanya-tanya apa yang menarik tentang JMFR, kami senaraikan lima sebab syoknya acara ini!
#1 Acara Bertaraf Antarabangsa (PIC)
Mendapat jolokan 'Le Tour de Langkawi' Manjung, JMFR pernah mencatat rekod penyertaan tertinggi seramai 1,500 peserta pada tahun 2016 untuk menjelajah bandar kecil sekali gus meletakkan Lumut di peta dunia dengan penglibatan peminat aktiviti berbasikal dari luar negara seperti Singapura, Thailand, China, Jepun, England, Jerman dan Perancis.
Jadi peserta tidak hanya berkayuh dengan peserta tempatan, malah peserta negara luar juga dengan cabaran cuaca dan laluan desa!
Meraikan ulang tahun TNB yang ke-70 tahun ini, peserta acara bakal ‘ditemani’ bekas pelumba berbasikal trek negara, Josiah Ng, yang telah mewakili Malaysia di Sukan Olimpik sebanyak tiga kali.
#2 Nikmati Pemandangan Sungai Perak melalui 'Route19'
Menerusi eksplorasi JMFR saban tahun, para peserta akan 'melayari' laluan-laluan terbaru yang menarik.
Laluan tahun lau adalah yang terpanjang dengan 147km meredah lokasi bersejarah seperti Pasir Salak dan Lekir, manakala 'Route19' tahun ini bakal merentas laluan sepanjang 121km melalui kawasan Parit dan Ayer Tawar.
Istimewanya laluan ini, peserta berpeluang menikmati pemandangan indah Sungai Perak apabila melalui Tanjung Belanja. Sesiapa yang pernah lalu di sini pasti tahu ia antara pemandangan tercantik di Perak!
#3 Sambil Berbasikal, Peserta Menyumbang Kepada Penanaman Semula Anak Pokok Bakau
Tema 'Cycling for Green' kali ini antara yang paling menarik kerana ia memupuk semangat cintakan alam sekitar. Setiap RM10 daripada bayaran pendaftaran akan disumbang kepada NGO Sahabat Bakau Lekir untuk penanaman semula anak pokok bakau.
Pada anda yang tidak tahu dalam tempoh 10 tahun dari 1980 -1990, Malaysia kehilangan 12 peratus hutan paya bakaunya.
Selain berfungsi menghalang proses hakisan pantai dan menapis bahan cemar, hutan bakau turut berperanan sebagai penampan gelombang tsunami!
#4 Pelbagai Aktiviti Menarik Di Booth-Booth Pameran
Tidak lengkap rasanya kalau acara tidak dimeriahkan dengan kehadiran gerai pameran dan jualan bukan?
Antaranya adalah pasukan hoki Thunderbolts dengan penampilan pemain Sukan Olimpik Remaja, myTNB apps, Gsparx, Velostudio, Vii Guard Malaysia, Nite Garage, Jiwa Basikal dan beberapa lagi booth menarik. Tidak ketinggalan terdapat juga jualan barangan tempatan seperti produk kraftangan sekolah dan hasil laut Lumut, Perak.
Oh ya, terdapat juga cabutan bertuah! Peserta JMFR 2019 berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik selain kemunculan istimewa penyampai radio Sinar FM, Adifashla!
#5 Pendaftaran Serba Lengkap
Jika dibandingkan dengan penganjuran acara berbasikal lain, JMFR jauh memberi ‘value for money'.
Dengan harga RM120 (seorang), peserta bakal menerima 'rider's kit', perlindungan insurans, kawalan laluan trafik yang tersusun kemas oleh kumpulan marshal dan agensi-agensi keselamatan tempatan serta makan minum di hentian rehat yang sememangnya menepati keperluan para peserta.
Keselamatan? Ya, jangan bimbang kerana aspek ini sangat sinonim dengan JMFR dan sentiasa berada di paras ‘tip-top’! Tak percaya? Belum cuba, belum tahu. Sudah rasa, nak kayuh selalu!
Jadi apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai bawa keluarga untuk sama-sama memeriahkan lagi acara JMFR 2019 pada 28 April ini di Teluk Batik, Lumut!
Sambil kita bersukan sambil kita menikmati pemandangan indah di Perak!