Laman Utama

Pernah ‘Bercakap Seorang Diri’, Mantan Wartawan Hiburan Kongsi Kisah Peribadi Untuk Kesedaran Pesakit Mental

gempak
Shahrin Zulkifle
16/03/2023
15:00 MYT
Sponsor Banner
Pernah ‘Bercakap Seorang Diri’, Mantan Wartawan Hiburan Kongsi Kisah Peribadi Untuk Kesedaran Pesakit Mental

Masalah penyakit gangguan mental bukan lagi perkara pelik dalam kalangan masyarakat. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan lebih 1 billion penduduk dunia berhadapan dengan pelbagai masalah gangguan mental pada tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa menerusi kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini mendedahkan, Wilayah Persekutuan merupakan daerah paling ramai penduduknya mengalami masalah kemurungan (Anxiety) dengan 336,900 orang dikesan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan keputusan saringan.

Mengambil langkah berani dan mahu memberi kesedaran tentang penyakit mental, mantan wartawan hiburan, Maliah Surip membogelkan kisah penderitaan dan perjalanan selepas didiagnos menghidap General Anxiety Disorder (GAD) dan major depressive disorder (MDD) atau kemurungan teruk sejak tahun 2019.

Menerusi buku perdana tulisannya, Senandika: Bercakap Seorang Diri, Maliah ingin menceritakan pengalaman diri yang tidak pernah sedar telah diserang penyakit mental, melakukan diagnos sehingga perlu mendapatkan rawatan berkala dan memakan ubat pada setiap hari, sehingga hari ini.

"Selain bercerita tentang pengalaman, objektif utama kelahiran buku ini adalah untuk meningkatkan kesedaran bukan sahaja dalam kalangan pesakit, tetapi orang terdekat dan masyarakat yang seharusnya memainkan peranan masing-masing tanpa menghakimi atau menilai sekaligus sama-sama membantu penderitanya pulih," ujar Maliah.

Maliah juga menegaskan, buku yang dijual dengan harga RM28.00 di pasaran ini bukan mengajak pesakit mental ‘memperakui' diri mereka sakit lalu menjadi 'lemah", tetapi bangkit dan bersemangat untuk terus berjuang dan mencari kehidupan yang baik.

"Senandika: Bercakap Seorang Diri ini juga saya jadikan semangat jika setiap kali berasa 'pulang' ke titik terendah, kena ingatkan diri bahawa ada pencapaian yang telah dilakukan sepanjang bergelut dengan penyakit ini," katanya lagi.

Selain itu, Senandika: Bercakap Seorang Diri tidak ditulis dalam penyampaian yang 'menyayat hati', sebaliknya banyak disulami dengan gaya penulisan 'nakal', lucu dan membina keyakinan bahawa penyakit ini boleh pulih.

"Selain bercerita tentang perjalanan penyakit ini, saya juga menyelitkan pengalaman berdepan dengan banyak pesakit mental lain yang lebih sengsara.

"Buku ini penting kerana akan memberi kesedaran but masyarakat untuk sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling," tambah wanita berusia 42 tahun ini lagi.

Menurutnya juga, buku ini diilhamkan selepas melihat ada dalam kalangan pesakit yang tidak mahu memperakui diri sedang sakit, tidak mendapatkan rawatan sewajarnya sekaligus memudaratkan diri masing-masing.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli Senandika : Bercakap Seorang Diri, anda boleh terus ke laman Facebook dan Instagram @MaliahSurip atau juga di kedai-kedai berikut; Dapur Jendela, Setia Tropika, Johor Bahru (Instagram @dapurjendela) atau Amatarin Store, Jalan Dhobby, Johor Bahru (Instagram @amatarin.store) atau CORM. Jasin, Melaka (Instagram @cormisme).

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live