Pernah Bercinta Dengan Pensyarah Sendiri? Lima Sebab Korang Tak Patut Lepaskan Layan Drama Cinta Hilang Kata!
Shahrin Zulkifle
18/07/2022 07:00 MYT
18/07/2022 07:00 MYT
Drama bersiri paling sensasi “Dendam Seorang Isteri” telah melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu dengan jumlah tayangan melebihi 5.5 Juta tontonan secara keseluruhan.
Demikian itu, sebuah drama hebat berjudul “Cinta Hilang Kata” bakal menggantikan siri popular itu. Drama terbaru 40 episod arahan Kyoll Hamzah dibintangi oleh barisan pelakon tanah air yang hebat seperti Sophie Al-Barakbah, Shah Jaszle, Nelissa Nizam, Iqram Dinzly dan Hariz Hamdan.
Berikut 5 fakta menarik tentang drama Cinta Hilang Kata yang pastinya bakal menambat hati penonton:
#1. Kisah Seorang Novelis
Jika kebiasaan drama bakal mengambil adaptasi dari sebuah novel, namun sedikit kelainan apabila kali ini bakal menceritakan kisah penulis novel itu sendiri, Nurul Masmin.
Nurul merupakan seorang penulis novel yang cukup terkenal sewaktu di bangku kolej lagi dan perkara itu membuatkan dirinya dibenci oleh rakannya iaitu Sabirah dan Zaili kerana hasil penulisan mereka sering ditolak oleh penerbit novel.
#2. Kisah Cinta Zaman Kolej
Siapa sahaja yang tidak pernah mempunyai kisah cinta di zaman kolej dengan rakan sekuliah kan!
Kisah percintaan dengan budak kelas lain mahupun senior, namun paling dasyat ada juga yang bercinta dengan pensyarah! Ops.
Kalau anda semua lihat foto pun sudah cukup nostalgia dan mengimbau zaman percintaan di kolej.
#3. Shah Jaszle is back!
Jejaka rebutan suatu ketika dulu kini kembali! Ada juga yang menggelarkan “teenage heartthrob” 2000s, Shah Jaszle kini kembali dengan memegang watak sebagai Rain Akhtar.
Pastinya ramai yang tidak sabar dan ternanti-nanti untuk melihat jejaka tampan Shah Jaszle untuk beraksi di dalam drama ini.
#4. Kemunculan semula Iqram Dinzly!
Prince Chiki Dinzly bakal menemui peminat! Sudah semestinya menjadi tumpuan artis paling sensasi iaitu Iqram Dinzly dan tentu ramai yang tidak sabar ingin melihat aksi Iqram Dinzly yang bakal memukau penonton.
Penampilan pertama pelakon hebat selepas kejayaan watak antagonist dalam drama “Hati Yang Dikhianati”, kini bakal menjadi buah mulut kepada penonton terdahulu yang mengikuti perkembangan lakonannya.
#5. Mak Mentua yang dengki!
Ada Liza Abdullah? Adakah dia mebawa watak ibu mertua berperangai kejam?
Untuk berborak lanjut, Gempak risau kena santau, sebab ada watak mak mertua yang jahat dan dengki kepada menantunya! So no comments. Takut untuk cakap lebih-lebih, elok anda tonton sendiri drama hebat ini.
Saksikan drama Cinta Hilang Kata bermula 18 Julai, pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang menerusi saluran Astro Prima.
Tayangan Perdana “Cinta Hilang Kata” boleh ditonton di Gempak.com!