Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pernah Bergelar Tunang, Hafreez Adam & Zara Zya Tak Kekok Bersua Muka - "Kita Ada Minta Maaf"

Asyikin Mayudin
01/03/2024 04:55 MYT
Akhirnya pelakon Hafreez Adam bertemu dengan bekas tunangnya iaitu aktres Zara Zya buat kali pertama selepas mereka mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan pada November 2019.

BERITA TRENDING: Tak Sefahaman, Zara Zya & Hafreez Adam Putus Selepas Sebulan Bertunang

Menurut Hafreez, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertegur dengan Zara di majlis sidang media Ramadan Astro yang diadakan di M Resort & Hotel, Petaling Jaya pada Khamis.

“Kami masih bertegur… kami okay saja, tak ada masalah apa-apa. Macam saya pernah cakap sebelum ini, kami berpisah pun cara baik. Sebenarnya ini kali pertama saya jumpa dia selepas sekian lama.

“Tapi kita tahu benda ini akan terjadi. Kami tak ada masalah untuk bertegur sapa… even nak bekerjasama pun tak ada masalah. Ikutkan ada saja bertegur, cuma berjumpa… ini kali pertama,” katanya kepadq Gempak.

Malah Hafreez juga memberitahu tiada perasaan kekok ketika bertemu memandangkan mereka berpisah dengan cara yang baik.

“Tak ada rasa kekok… walaupun selepas kejadian itu (putus pertunangan), kami bawa haluan masing-masing, tapi memang perpisahan secara baik. Kita memang tutup buku itu.

“Kita ada minta maaf dan doakan yang terbaik untuk satu sama lain,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Zara juga berkata dia tiada sebab untuk bermusuhan dengan bekas tunangnya memandangkan mereka bekerja dalam satu industri.

“Alhamdulillah, okay saja. Mungkin sebelum ini tak bertemu sebab masing-masing tak ada di tempat kejadian. Hari ini bertemu, sebab dua-dua ada. Kami pun profesional, boleh saja bertegur. Past is past.

“Masing-masing pun ada hala tuju sendiri. Bagi saya sendiri tak ada masalah sebab kita dalam satu industri. Saya pun buat apa nak ada masalah dengan dia,” kata Zara.

Untuk rekod, Hafreez mengikat tali pertunangan dengan Zara pada 12 Oktober 2019 namun ikatan itu hanya bertahan selama satu bulan sahaja.

#Zara Zya #Hafreez Adam #Hafreez Zara #Hafreez Zara tunang
;