Sekitar September tahun lalu, usahawan dan selebriti media sosial popular, Hafiz Mahamad menerusi Instagram memberitahu bahawa isterinya, Syafiqah Aina menghidap penyakit misteri.

Difahamkan ketika itu, perubahan ketara berlaku pada Aina selepas bersalin sehingga menjadikan Aina seorang pemarah dan suka naik angin. Hafiz juga mengalami keletihan melampau dan tidak bermaya untuk meneruskan kerja seharian.

BACA: “Diri Saya Takda Apa-Apa Untuk Didengkikan” – Hafiz Mahamad & Isteri Terkena Buatan Orang

Namun, menerusi pendedahannya, keadaan Aina dan dirinya dilihat semakin pulih selepas mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz yang juga pengamal perubatan Islam.

Ketika bercerita lanjut, Hafiz turut memberitahu yang ada orang berhasrat untuk merosakkan dirinya, tetapi menghantar satu ‘benda’ tersebut kepada isterinya.

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)


Sehubungan dengan itu, Hafiz ada menyatakan hasrat untuk berpindah dan mencari rumah sewa yang lain. Bagaimanapun, selepas berpikir panjang, Hafiz memutuskan untuk kekal tinggal di rumah yang sama.

“Selepas kejadian itu ada juga terfikir nak pindah rumah. Tapi lepas bincang dengan Aina, dia macam ok dan dia berani serta kuat dan alhamdulillah Allah jaga, jadi kami terus terus menyewa dekat sini.

“Kalau pindah nak kena angkat duit lagi kan,” katanya menerusi potongan video Instagram Story yang menjawab soalan daripada pengikutnya baru-baru ini.

Dalam pada itu, ada juga yang bertanya sama ada Aina sudah benar-benar sihat selepas kejadian berkenaan, Hafiz menjawab, keadaan isterinya masih lemah. Tetapi, dia mengharapkan doa semua agar kesihatan Aina kembali seperti sedia kala.

“Awak semua kena doakan Aina. Keadaan dia sekarang memang kalau saya dekat tepi saya tahu dia lemau, tak berapa nak segar sangat tapi saya respect, dia still fikir pasal kerja, strong pasal kerja. Itu yang saya respect dekat dia. Doakan ok?” kongsinya lagi.

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)


Hafiz juga sempat menjawab satu lagi soalan pengikut yang bertanyakan sama ada rumah yang didiaminya bersama keluarga adalah rumah sewa.

“Ya rumah sewa. Bila team dah mampu beli rumah, baru saya beli. Bukan humble ke atau rendah diri. Tapi yalah nak sama-sama dengan team. Mereka mampu, insya-Allah saya pun sama-sama dengan mereka,” katanya lagi.

Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Aina pada 24 November 2017 dan pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata perempuan, Raisya Arisa pada 26 Jun 2019.