Hiburan

Pernah Berkolaborasi Dengan David Foster, Kaoru Miyazaki Bakal Buat Penampilan Istimewa Di Zepp KL 23 Februari Ini

gempak
Mya Amri
18/02/2025
18:50 MYT
Sponsor Banner
Pernah Berkolaborasi Dengan David Foster, Kaoru Miyazaki Bakal Buat Penampilan Istimewa Di Zepp KL 23 Februari Ini
Mungkin nama Kaoru Miyazaki agak asing bagi kita sebagai peminat muzik di Malaysia, namun penyanyi kelahiran Jepun ini sangat terkenal dalam kalangan peminat siri Anime.

Terkenal dalam kalangan peminat anime

Antaranya anime yang dimaksudkan adalah King of Thorn (2009), Mobile Suit Gundam: The Origin V - Clash at Loum (2017) dan Mobile Suit Gundam: The Origin III - Dawn of Rebellion (2016).
Selain menyanyi, Kaoru juga turut berbakat dalam penulisan lagu Jepun yang semakin mendapat perhatian dalam industri muzik global.
Dikenali dengan suara yang merdu dan gaya muzik yang pelbagai, Kaoru telah menarik peminat dari pelbagai latar belakang, bukan sahaja di Jepun tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Pada tahun 2011, Kaoru menarik perhatian industri muzik apabila demo tape-nya mendapat sambutan positif daripada penerbit muzik.
Ini membuka peluang untuknya membuat debut secara rasmi pada tahun 2012 dengan single Kimi to Sora.
Sejak debutnya, Kaoru telah menghasilkan beberapa album dan EP yang mendapat sambutan baik.
Antaranya ialah9 STORIES (2012), From Here (2017), The Light (2019) danBeautiful (2023).
Selain menjadi artis solo, Kooru juga pernah menjadi vokalis sokongan untuk beberapa pemuzik terkenal.

Malah, Kaoru juga pernah berkolaborasi bersama maestro muzik terkenal dunia, David Foster.

Pada tahun 2023, Kaoru membuat penampilan sulung di Amerika Syarikat menerusi Rising Japan Music Festival.
Dalam festival ini, dia menyatakan impiannya untuk berhubung dengan peminat dari pelbagai negara melalui muzik dan bahasa yang berbeza.
Kaoru dikenali dengan kebolehan menyanyikan pelbagai genre muzik, daripada pop Jepun hingga balada yang penuh emosi.
Lirik lagunya sering kali menyentuh temakehidupan, harapan dan perjalanan emosi seseorang.
Ini sekaligus menjadikannya sebagai seorang artis yang bukan sahaja berbakat dalam nyanyian tetapi juga dalam menyampaikan mesej yang bermakna kepada pendengarnya.
Kouru juga aktif di media sosial, termasuk Instagram dan YouTube, di mana dia berkongsi kemas kini mengenai muzik serta berinteraksi dengan peminat.
Salah satu persembahan yang menarik perhatian ramai ialah cover lagunya bagi lagu Adele berjudul Easy On Me.

Jadi tidak hairanlah mengapa nama Kaoru Miyazaki ‘bersinar’ dan bakal membuat penampilan istimewa menerusi siri jelajah ASKA CONCERT TOUR 2025 – Who is ASKA?, yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 23 Februari ini.

ASKA CONCERT TOUR 2025 – Who is ASKA?, ini akan memberikan pengalaman luar biasa, menampilkan karya-karya terbaik ASKA yang telah mengukir nama dalam duniamuzik selama lebih 45 tahun.
Apa yang pasti peminat akan didodoikan dengan lagu-lagu popular seperti Say Yes, Morning Moon, dan karya-karya terbaharunya, memberikan penghormatan kepada peminat setianya di seluruh Asia khususnya Malaysia yang menjadi persembahan ‘sulung’ buat ASKA.
Lebih istimewa Konsert anjuran Digital Idea Multemedia ini hanya mengenakan tiket RM380.00 (all seats reserved) bagi semua katagori.
Untuk rekod tiket telah mula dijual sejak 6 Disember 2024 lalu.
Book My Show: https://my.bookmyshow.com/e/ASKAKL25 untukpembelian tiket.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024