Pernah Berlakon Bersama Dalam Gol & Gincu, Que Haidar & Fazura Sedih Dengan Pemergian Ashraf Sinclair

Zulaikha Yusof
Februari 18, 2020 02:02 MYT
Pelakon Que Haidar meluahkan rasa sedih selepas menerima berita pemergian aktor Ashraf Sinclair hari ini.
Menurut Que, dia dan arwah Ashraf pernah bersama-sama bekerjasama dalam Gol & Gincu The Series.
“Al fatihah.. Sama-sama terlibat dalam Goal dan Gincu.. Seorang lagi sahabat pergi @ashrafsinclair,” tulisnya secara ringkas sebagai kapsyen.
Selain Que dan Ashraf, drama ini turut dibintangi Nur Fazura, Pierre Andre, Sazzy Falak, Razif Hashim dan ramai lagi.
Menerusi pemerhatian Gempak, Fazura turut memuat naik sebuah entri di Instagram Stories melahirkan rasa terkejut dengan berita menyayat hati ini.
“Al fatihah kawan.. Saya tidak mampu bersuara dan terkejut dengan berita pemergian awak.
“Saya tidak akan mengatakan siapa sehingga keluarganya memberitahu berita yang menyayat hati ini.
“Allahuakbar. Hati saya bersama isterinya, anak lelaki dan seluruh keluarga,” tulisnya.
Ashraf Sinclair yang juga suami kepada aktres popular Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).
#Fazura #Que Haidar #Fazura #Ashraf Sinclair Meninggal