Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Pernah Berlakon Sekali Sepanjang Bergelar Artis, Aina Abdul Tak Nak Berlakon Lagi - “Sebab…”

Izwan Isa
23/03/2022 11:50 MYT
Tidak dinafikan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nama Aina Abdul semakin meroket naik, seiring dengan beberapa kejayaannya sebagai penyanyi dan penulis lagu.

Berbekalkan bakat yang cukup luar biasa serta penampilan yang unik, Aina kekal sebagai salah seorang penghibur berkualiti yang kerap mewarnai pelbagai majlis anugerah dan juga pertandingan nyanyian.

Seperti segelintir anak seni lain, selepas selesa dengan kerjaya mungkin mereka akan cuba untuk mengembangkan karier ke cabang seni yang berbeza. Sebagai contoh, ramai penyanyi popular yang kini sedang mencuba nasib sebagai pelakon pula.

Aina bagaimanapun pernah menerima tawaran untuk berlakon. Namun, penyanyi lagu Sepi itu berkata, bidang lakonan bukanlah cabang karier yang ingin dia teruskan buat masa ini.

“Saya pernah menerima tawaran berlakon sekitar enam tahun dulu menerusi drama Seindah Takdir Cinta. Ketika itu saya membawakan watak sampingan saja.

“Tak perasan kan? Better jangan tengok, tengok heroinnya saja, Amyra Rosli!” tuturnya sambil tertawa.

Aina ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan, Truskin di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Aina menambah, jika diberi tawaran untuk berlakon sekali lagi pada masa akan datang, dia akan menolak.

“Sebab ia bukan bidang saya. Kalau saya nak berlakon pun, mungkin saya hanya berlakon dalam video muzik sendiri. Kerana ia melibatkan hal yang saya faham, yang saya tulis. Jadi saya boleh gambarkan emosi itu.

“Jika ada tawaran pun, saya rasa better pengarah atau produser ambil pelakon lain yang lebih berhak,” katanya lagi.



Berkenaan dengan kolaborasinya bersama Truskin, Aina berkata dia berasa gembira kerana kontraknya bersama jenama penjagaan wajah dan kosmetik itu disambung untuk tahun ini.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana saya memang pengguna Truskin. Bukan sahaja produk ini berkualiti, malah pihak Trulooks juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.

"Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka di zaman remaja mendapat peluang untuk terpampang di billboard besar serata negara.

"Masalah kulit wajah saya semakin dapat diatasi dengan penggunaan produk ini dan apa yang penting, saya mendapat keyakinan diri untuk beraksi sebagai seorang penghibur di atas pentas," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama ini, layari laman web www.trulooks.com.my

#. #Berlakon #Aina Abdul #Seindah Takdir Cinta
;