Pernah Berniaga Sate Dekat Kaki Lima, Kisah Penderitaan Didie Alias Runtun Hati Netizen...
Hanafis Haris
14/02/2020
10:41 MYT
Pelakon, pengacara dan pelawak Didie Alias berkongsi kisah menyedihkan apabila dia sebenarnya pernah menderita hidup susah sepanjang bergelar ibu tunggal sejak 10 tahun lalu.
Perkara itu dikongsi menerusi satu posting di Instagram, hari ini.
Menurut Didie atau nama sebenarnya Fadzillah Mohd Ali, dia sendiri tidak yakin untuk membesarkan lima orang anak ketika itu.
"Siang aku kerja pejabat, petang aku berniaga sate dekat kaki lima area rumah.
"Tiada kawan dan keluarga. Aku tak mahu keluarga tahu yang aku susah dan terseksa, biarlah semua itu ditanggung sendiri," katanya.
Menurutnya lagi, kini segala perit getir itu Allah balas dengan kesenangan hidup.
"Walaupun tak kaya raya, tapi cukup untuk aku berada di dunia ini sementara.
"Terima kasih Allah, terima kasih anak syurgaku kerana menjadikan saya dihormati sekarang. Aku bangga dengan anak-anak aku, mereka balas dengan kejayaan. Syukur Alhamdulillah.
Terdahulu, Didie mendirikan rumah tangga bersama pelakon era 90-an, Ridzuan Hashim sekitar tahun 1991 namun berpisah pada 2000.