Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Pernah Bersekolah Pondok Sampai Umur 20 Tahun, Jom Semak Fakta Menarik PU Riz Yang Ramai Tak Tahu

Amri Hassan
26/06/2019 11:06 MYT
Pelakon dan pendakwah selebriti PU Riz menjadi sebutan ramai apabila beberapa keping foto lucah miripnya tersebar baru-baru ini.

Menafikan perkara terbabit, PU Riz bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mencalar reputasi baiknya.

BACA: "Itu Bukan Saya!" - Buat Laporan Polis, PU Riz Nafi Foto Viral Tunjuk Alat Sulit Adalah Dirinya

Bagi yang masih belum mengenali siapa sebenarnya PU Riz, Gempak kongsikan trivia menarik mengenai jejaka kacak itu.

1. Pemilik nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail itu berusia 24 tahun dan merupakan anak jati Selangor.



2. Anak kedua daripada tiga beradik itu pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir namun hanya bertahan selama setahun apabila terpaksa pulang ke Malaysia akibat peperangan di sana.

"Saya juga habiskan masa remaja saya sampai 20 tahun belajar sekolah pondok di Besut, Terengganu," katanya kepada Gempak.

3. PU Riz memiliki diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

"Saya sekarang dalam fokus untuk sambung belajar dalam sarjana muda bidang pendidikan dan undang-undang. Insya-Allah akan bergraduasi lagi setahun setengah.

"Saya mungkin bakal bergelar guru dan mungkin akan menjadi penasihat undang-undang nanti tetapi perancangan akan fokus semula dalam kerjaya seni selepas habis belajar.

"Cuma bukan selama-lamanya dalam bidang ini (hiburan)," tambahnya.



4. Mula dikenali apabila menjadi peserta program realiti Pencetus Ummah musim keempat pada tahun 2016 dan pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSI Asia) pada tahun 2017.

BACA: "Jika Dia Tersentuh Tangan Anak Saya Sekalipun, Berkali-Kali Dia..." - Isu Gambar Lucah, Ayu Puteh Yakin Foto PU Riz Disunting

BACA: PU Rizz Enggan Lakukan Babak Bersentuhan


5. Antara drama lakonannya ialah Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus dan Anugerah Cinta Aisyah.

6. Bakal muncul dengan lakonan pertama sebagai hero filem Ada Apa Dengan Dosa menjelang Oktober ini.

"Saya digambarkan sebagai seorang pendakwah yang belajar agama di Scotland dan bertemu dengan seorang gadis Aurora.

"Imej saya pula dibentuk dengan cara berbeza daripada diri saya, pakai seluar ketat dan rambut diluruskan.

"Saya juga hilang 10 kilogram untuk filem ini," kongsinya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Afternoon ☀️

A post shared by H A R I S I S M A I L (@pu_rizz) on







Foto: IG @pu_rizz
#Pencetus Ummah #Viral #Viral #PU Riz