Pernah Buang Foto Kahwin Tahun Lalu, Sherina Munaf Cerai
Penyanyi dan pelakon Sherina Munaf merungkai teka-teki mengenai rumah tangganya bersama Baskara Mahendra Putra sedang bergolak dengan berita perceraian mereka.
Khabar perceraian pasangan selebriti itu disahkan oleh Humas Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Suryana, lapor CNNIndonesia.
Menurut Suryana, Sherina memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 16 Januari lalu.
“Ya sudah (cerai) didaftarkan oleh Sherina pada 16 Januari lalu. Sidang pertama perceraian mereka akan diadakan pada 30 Januari ini,” katanya.
Sherina dan Baskara berkahwin dalam sebuah majlis sederhana pada 3 November 2020 yang hanya dihadiri keluarga dan teman terdekat kerana berada dalam fasa pandemik Covid 19.
Sebelumnya mereka bercinta setahun selepas dikhabarkan bertemu pertama kali di malam gala filem Bebas pada tahun 2019.
Pada tahun lalu, bintang Petualangan Sherina itu sempat membuat peminat berteka-teki mengenai keadaan rumah tangganya selepas dia membuang foto pernikahan mereka di Instagram.
Padahal sepanjang empat tahun berkahwin, pasangan tersebut dinilai hidup harmoni dan romantik.