Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Pernah Cita-Cita Nak Jadi Penyanyi” - Yah Kuchei Teruja Bawa Lagu Uji Rashid Dalam Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa

Azwa Rahman
04/06/2021 05:38 MYT
Pelakon filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa Afea Deanna atau lebih dikenali sebagai Yah Kuchei teruja apabila diberikan babak nyanyian untuk dipersembahkan di dalam filem arahan Mamat Khalid tersebut.

Menurut Afea atau nama sebenarnya Afea Deanna Baharudean, walaupun teruja, sebenarnya dia gementar untuk membawakan lagu seorang penyanyi lagenda Uji Rashid yang berjudul Doa Di Hari Mulia.

“Pertama kali dapat tahu saya kena menyanyikan dalam filem ni, saya happy dan excited sebab finally saya dapat tonjolkan bakat menyanyi saya, hehe.

“Tapi bila saya tahu kena bawa lagu Uji Rashid, saya terkejut dan risau takut tak capai standard dan sesedap Uji sebab dia legend. Saya pulak tak pernah masuk mana-mana kelas vokal ataupun masuk pertandingan nyanyian, so saya nervous masa mula nak nyanyi,” ujar Afea kepada Gempak.

Tambah penuntut UPSI berusia 21 tahun itu lagi, dia semenangnya suka menyanyi dan mendapat peluang berlakon dalam filem muzikal di bawah arahan Mamat Khalid cukup membuatkan dia berterima kasih.

“Dari kecil lagi, ibu memang suka ajak saya menyanyi karaoke di rumah. Dan sebab itu juga saya kaki menyanyi.

“Saya dulu pernah ada cita-cita nak jadi penyanyi tapi tak berhasil sebab saya takde keyakinan diri,” katanya lagi.

Filem Kampong Pisang Muzikal Raya Istimewa masih mengekalkan barisan pelakon utama Kampong Pisang seperti Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler.

Istimewanya lagi, edisi raya kali ini mengembalikan Datuk Awie sebagai teraju utama serta watak-watak baru yang digerakkan oleh penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi.

Filem ini mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya.

Saksikan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 27 Mei 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang- ulang.
#Yah Kuchei #Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa #Lagu Uji Rashid