Hiburan

Pernah Diganggu Pelakon Berstatus Suami Orang, Harrisa Adlynn Kekal Professional - “Nak Lari Pun Industri Kita Ni…”

gempak
Asyraf Roslan
30/01/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Pernah Diganggu Pelakon Berstatus Suami Orang, Harrisa Adlynn Kekal Professional - “Nak Lari Pun Industri Kita Ni…”
Pelakon, Harrisa Adlynn enggan mengulas lanjut mengenai isu pendedahannya yang pernah diganggu oleh pelakon berstatus suami orang baru-baru ini.
Jelas Harissa atau Harissa Adlynn Abdul Halim, setiap apa yang berlaku baginya sudah selesai di dalam set penggambaran.
“Selepas artikel itu dikeluarkan tiada siapa datang kepada saya,”
“Macam saya kalau ada apa-apa yang saya rasa tak betul, saya akan selesaikan pada masa itu juga jadi tak akan ada sebarang isu berlaku selepas selesai penggambaran,” ujarnya.
Pada masa sama, pelakon yang popular dengan drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu itu juga menyatakan tidak akan menolak untuk bekerjasama kembali dengan mana-mana pelakon yang mungkin pernah cuba mengodanya.
“Kalau masih ada peluang untuk berlakon dengan orang yang sama, saya masih akan ambil kerja itu. Saya akan bertindak secara professional terhadap mereka, kalau saya nak lari pun industri kita ni kecil je.
“Katakan saya tolak job yang ni mungkin job selepas itu saya akan ditawarkan dengan orang yang sama lagi. “Bagi saya tiada apa yang perlu saya takutkan atau marah sebab saya tak boleh fikir negatif, kalau jadi lagi isu sebegini ia tugas saya untuk bercakap dengan individu tersebut. Kalau masih ada kerja bersama dengan individu tersebut saya tetap akan bekerja denganya,” katanya.
Terdahulu, Harissa mendedahkan bahawa dia pernah didekati oleh ramai lelaki termasuk aktor senior yang cuba menagih cintanya.
Lebih mengejutkan, ada di antara mereka merupakan suami orang bahkan sudah mempunyai cucu.
Harissa bagaimanapun tetap dengan pendiriannya untuk menepis dan tidak melayan setiap godaan yang datang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024