Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Pernah Dihalau Daripada Set Penggambaran, Fizi Ali Lupakan Cita-Cita Nak Jadi Pelakon

Zulaikha Yusof 20/03/2020 | 05:25 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali mendedahkan pernah dihalau daripada lokasi penggambaran selepas tidak berjaya berlakon dengan baik.
Kata Fizi, disebabkan insiden yang berlaku itu dia melupakan cita-citanya untuk bergelar seorang pelakon.
"Abam dulu cita-cita nak jadi pelakon, tu cuba nasib dekat rancangan Pilih Kasih..Apa pun abam nak ucap terima kasih sangat-sangat dekat @iamrosyam dan @suhanmovies sebab bagi peluang ini..
"Walaupun abam peserta paling awal tersingkir, abam masih lagi dengan cita-cita abam nak jadi pelakon..Walaupun masa tu payment ada yang tak dapat, job suam-suam kuku abam teruskan jugak..
"Tapi yang buat abam terus lupa kan impian abam bila abam pernah kena halau dari set sebab abam berlakon macam kayu..
"Macam-macam kata cacian dari mr director abam tak ingat dah siapa masa tu..Bila nak datang shoot balik abang disuruh balik sebab watak abam dah kena gantikan dengan orang lain," kongsinya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, suami kepada aktres Shakilla Khoriri akui sedar yang tidak semua perkara yang diimpikan akan tercapai.
"Masa tu la buat abam pikir tak semua cita-cita kita boleh kita capai..Sekarang abam dah sedar diri menjadi pelakon bukan sesuatu yang senang..
"Sanggup tak korang kena hafal skrip panjang-panjang? Sanggup tak korang berpanas berhujan?
"Sanggup tak korang menunggu lagi lama dari kerja?? Banyak lagi kalau korang sanggup teruskan jangan jadi macam abam sekerat jalan," tulisnya lagi.

abam dulu cita2 nak jadi pelakon..tu cuba nasib dekat rancangan pilih kasih..apa pun abam nak ucap terima kasih sgt2 dekat @iamrosyam dan @suhanmovies sebab bagi peluang ini..walaupun abam peserta paling awal tersingkir,abam masih lagi dengan cita2 abam nak jadi pelakon..walaupun masa tu payment ada yang tak dapat,job suam2 kuku abam teruskan jugak..tapi yang buat abam terus lupa kan impian abam bila abam pernah kena halau dari set sebab abam berlakon macam kayu..macam2 kata cacian dari mr director abam tak ingat dah siapa masa tu..bila nak datang shoot balik abang disuruh balik sebab watak abam dah kena gantikan dengan orang lain..masa tu la buat abam pikir tak semua cita2 kita boleh kita capai..sekarang abam dah sedar diri menjadi pelakon bukan sesuatu yang senang..sanggup tak korang kena hafal skrip panjang2?sanggup tak korang berpanas berhujan?sanggup tak korang menunggu lagi lama dari kerja??banyak lagi..kalau korang sanggup teruskan jangan jadi macam abam sekerat jalan??? #nukilanperintahkawalanpergerakan

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_) on

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia pada 14 Mac tahun lalu.
Sekadar info, Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 900 orang dengan dua rekod kematian.
Daripada jumlah tersebut, seramai 823 orang sedang dirawat di hospital, manakala 75 orang telah pun pulih.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Penyampai radio #Fizi Ali
;