HIBURAN

Pernah Dikutuk Tak Pandai Goreng Telur, Nia Ramadhani Sudah Berubah, Masak Brocoli Cheese

Maliah Surip 17/08/2025 | 07:25 MYT
Nama pelakon Nia Ramadhani pernah menjadi bualan hangat pada sekitar tahun 2020 apabila mengaku tidak pandai mengoreng telur.

Malah dia dikecam teruk selepas aksinya takut terpercik minyak kerana menggoreng telur dalam satu episod Ngopi Dara untuk tayangan YouTube menjadi tular.

Namun lima tahun berlalu, Nia baru-baru ini mengaku sudah mula belajar memasak.

Aktiviti yang tidak asing dilakukan oleh wanita itu dibuat Nia demi anak lelakinya, Mainaka Bakrie.

Menerusi perkongsian di media sosial, Nia kini berada di Singapura kerana menemani Mainaka yang mendaftar persekolahan di republik tersebut.

Tanpa ditemani suami, Ardi Bakrie atau pembantu rumah, Nia menunjukkan kesungguhan belajar memasak.

Bukan menggoreng telur, Nia sebaliknya dilihat memasak Broccoli Cheese buat anak tercinta.

“Sebenarnya saya sedang belajar memasak. Sekarang memasak juga masih ikut resipi.

“Masakan sebelum ini masin,” kata Nia seperti dilaporkan Kapanlagi.com.

Bagaimanapun kata Nia, masakan Broccoli Cheese yang dibuat dengan mengikut resipi yang sederhana disukai oleh Mainaka.

Anak keduanya itu malah dilihat memuji masakan Nia.

“Masin tak?”tanya Nia.

Dijawab penuh teruja oleh Mainaka: “Tak! Ini sangat sedap!”

Selain dikritik tidak pandai memasak, Nia juga diejek warganet kerana mengaku tidak kenal tempe goreng, tidak pernah makan buah rambutan dan tidak tahu mengupas buah Salak.
#Nia Ramadhani #masak #Brocoli Cheese