Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pernah Dipanggil Dengan Gelaran B*bi & S*ndal, Janet Jackson Dedah Perangai Buruk Michael Jackson

Izwan Isa
27/01/2022 14:50 MYT
Penyanyi, Janet Jackson mengejutkan ramai peminat apabila mendedahkan yang mendiang abangnya, Michael Jackson, kerap memalukan dirinya, sehingga menyebabkan hubungan mereka adik-beradik menjadi renggang.

Menerusi laporan The Sun, Janet memberitahu yang Michael kerap memanggilnya dengan panggilan dan gelaran yang tidak baik.

"Ada kalanya, Mike pernah mengusik saya dan memanggil saya dengan nama... 'Babi, kuda, s*ndal, lembu'.

"Dia akan ketawa dengan usikannya dan saya turut ketawa. Tetapi, lama kelamaan, saya berasa sakit. Usikan tersebut memberi kesan kepada saya,” katanya.

Walaupun jarak usia mereka tujuh tahun, namun, Janet dan Michael rapat sejak kecil. Bagaimanapun, hubungan yang rapat itu renggang apabila mereka makin dewasa.

Dalam pada itu, Janet akui yang dia berasa sangat kecewa apabila Michael dituduh mencabul kanak-kanak selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun, Jordan Chandler mendakwa Michael melakukan perbuatan itu di rumahnya di Neverland, California, Amerika Syarikat.

“Ya, ia mengecewakan saya. Kami mempunyai jalan hidup berbeza. Walaupun dia abang saya, namun, hal itu tidak ada kena mengena dengan saya. Begitupun, saya mahu berada dengannya dan memberi sokongan kepadanya apa yang termampu,” ujar Janet lagi.

Tuntutan tersebut telah diselesaikan pada 1994 dengan pembayaran sebanyak AS$23 juta (RM96.4 juta) kepada Jordan dan keluarganya.

Janet berkata: “Michael akhirnya memberikan wang kepada keluarga Jordan. Dia hanya mahu hal itu lenyap, tetapi kelihatan seperti dia yang bersalah,” tutupnya.



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
#Janet Jackson #Michael Jackson #Body Shaming
;