Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Gaya Hidup

Pernah Disahkan Lumpuh & Melalui Pelbagai Episod Duka, Wanita Besi Ini Bangkit Dengan Semangat Kental!

Kamaruddin Razal 06/02/2020 | 13:09 MYT
Dugaan dan cabaran tidak pernah mematahkan semangat wanita kental bernama Datuk Faridah Hanim Haron ini.
Mesra disapaa Ibu Hanim, wanita ini pernah berhadapan dengan beberapa episod duka dalam kehidupannya.
Namun begitu, figura ini tidak menjadikan kisah sedih sebagai alasan untuk dia terus terperangkap dalam kesedihan.

DOAKAN IBU SELAMAT Pagi ni ibu di Hospital KPJ Tawakal. Sekarang menguruskan kemasukan ibu di wad. Pagi ni ibu akan buat Radio Frequency Injection di tengkuk ibu untuk kurangkan derita kesakitan ibu. Ibu akan ditidurkan before procedure. Doakan ibu. Doakan ibu selamat dan procedure ini berjaya. Maafkan dosa2 ibu. Bismillahirrahmanirrahim. .

A post shared by Datuk Faridah Hanim Haron (@ibuhanim) on

"Saya pernah terlibat dengan kemalangan sehingga ia menyebabkan saya lumpuh. Bayangkan, saya koma selama seminggu selepas insiden ngeri itu.
"Bila sedar sahaja, doktor mengatakan saya akan lumpuh melihatkan kepada kecederaan yang saya alami sangat teruk. Perkara itu tidak membuatkan saya patah semangat.
"Dengan kudrat sebagai seorang ibu dan isteri, saya sedar saya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk digalas, jadi saya kuatkan diri, kuatkan semangat untuk kembali sihat seperti sediakala.
"Syukur kepada Allah, tahun kedua saya kemalangan, saya sudah mampu berjalan sehingga kini. Doktor tak percaya dengan progres pantas yang saya tunjukkan, tetapi semuanya kerana semangat yang kuat," katanya.

6 'Tools' untuk membentuk Pasukan Berprestasi Tinggi ========================== 1. Team Workplan Mesti kena ada perancangan berpasukan, bukan perancangan individu sahaja. Setiap orang tahu peranan sendiri dan orang lain, dan bagaimana mereka dapat bekerjasama sebagai pasukan. . 2. Team Charter Buat 'perjanjian' bagaimana semua orang dapat bekerjasama dalam suasana yang menyenangkan. Apa "do's & don'ts" atau peraturan- peraturannya. . 3. Team Barometer Buat 'survey' untuk mengukur 'suhu tekanan' setiap ahli pasukan. Soalan-soalannya boleh buat sendiri. Jawapan-jawapan mereka akan menjadi 'signal' tahap tekanan yang sedang dialami oleh pasukan kita. . 4. Morning-Stand-Up-Meeting Tak perlu lama, lebih kurang 10 - 15 minit saja. Mulakan meeting ringkas ini dengan setiap orang menyebut satu perkara yang akan menjadi affirmation kepada diri mereka dan rakan pasukan lain. Contohnya, "Saya ____ dan saya seorang yang proaktif." Kemudian, sambung dengan meeting berkaitan progres kerja masing-masing. . 5. Team Reflection Meeting Lebih kurang 'post-mortem' meeting, tetapi bukan untuk mencari salah sesiapa. Sebaliknya, lebih banyak tertumpu kepada progres dan tahap kualiti kerja masing-masing. . 6. Problem Solving Meeting or Discussion Khas untuk selesaikan masalah sahaja. Apa yang kita dapat daripada meeting ini ialah 'root cause' masalah itu, bukan sekadar menyelesaikan 'simptomnya'. Dapat sesuatu? #annemsleadership #ibuhanim .

A post shared by Datuk Faridah Hanim Haron (@ibuhanim) on

Ibu Hanim ditemui ketika Malam Aspirasi Pejuang yang meraikan 56 syarikat yang telah berjaya menamatkan Program Business Sustainability Solution (BSS) anjuran syarikat miliknya, Annems Leadership Solution.
Tambah wanita besi ini, dia percaya kesusahan yang dilalui adalah cara untuk Allah menjadikan dia sebagai seorang insan yang kuat.
"Saya pernah menghadapi kematian anak sulung yang dikandung. Lebih teruk, saya pernah disahkan kanser serta mempunyai seorang cahaya mata yang mengalami masalah pendengaran.
"Semuanya saya terima dengan hati yang terbuka dan membentuk sikap positif dalam diri saya. Saya gunakan ia sebagai salah satu cara untuk membantu orang lain.

Hari ini Ibu berada di SifuFBads Academy, memenuhi jemputan @koijamal untuk berkongsi tentang leadership. . Walaupun semalam baru sahaja selesai meraikan anak-anak murid Ibu BSS Batch 4 dan 5 di Malam Aspirasi Pejuang 2020, Ibu tak sempat berehat tetapi tetap bersemangat untuk menyampaikan ilmu kepada mereka. . Perjuangan masih perlu diteruskan, Ibu tak akan berputus asa melahirkan lebih ramai anak murid yang akan menjadi founder dan pemimpin yang hebat. . #ibuhanim #annemsleadership

A post shared by Datuk Faridah Hanim Haron (@ibuhanim) on

"Walaupun saya bergelar ibu dan isteri, saya turut melibatkan diri dalam bidang korporat selama puluhan tahun. Pengalaman yang saya raih dalam bidang organisasi syarikat serta pengurusan saya gunakan untuk membantu usahawan di luar sana.
"Pengalaman dalam bidang kerja serta semangat yang saya miliki tatkala berhadapan dengan cabaran saya rangkumkan untuk membantu anak bangsa dalam perkongsian ilmu.
"Semuanya atas dasar tanggungjawab untuk bangkit memacu ekonomi untuk keselesaan di masa akan datang," katanya lagi.
#Ibu Hanim
;