Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Pernah Ditawar Masuk GV, Imran Ajmain Rasa Tidak Layak - “Saya Tidak Biasa Dunia Berlumba-Lumba”

Azwa Rahman 17/11/2021 | 05:53 MYT
Penyanyi Imran Ajmain mengakui dia pernah ditawarkan untuk menyertai program realiti popular Gegar Vaganza (GV) namun menolaknya dengan cara baik atas beberapa faktor.
Menurut Imran atau nama sebenarnya Ahmad Imran Ahmad Husaini Ajmain, 40, dia merasakan dirinya tidak sukakan persaingan dan tidak layak untuk berentap di pentas GV.
“Saya pernah ditawarkan untuk menyertai GV awal lagi tapi saya rasa team produksi GV tahu apa yang dia mahukan, sebab bila saya kata saya tak layak, mereka tak push saya.
“Ada ramai yang cakap sepatutnya saya yang masuk GV berbanding peserta-peserta yang ada pada tahun ini.
“Sejujurnya saya bukan seorang yang competitive. Daripada saya bermula pun, saya bukan daripada mana-mana pertandingan realiti jadi saya tak biasa dengan dunia berlumba-lumba.
“Jadi kalau nak letakkan saya dalam sesuatu pertandingan, saya rasa level stress saya akan jadi teramat tinggi. Kalau terkeluar minggu pertama takpe lagi saya setiap minggu kena berlawan, saya rasa saya tak dapat nak manage level anxiety, stage fright sebab saya ni seorang yang tenang, saya suka chill dan begitu juga muzik saya.
“Jadi untuk meletakkan diri dalam situasi diri saya dicabar, diminta menyanyikan pelbagai lagu, saya tak layak untuk berada di tempat tu,” kata Imran kepada Gempak.
Imran ditemui pada majlis sidang media memgumumkan Datuk Fazley Yaakob sebagai duta jenama Aya Real Food yang diadakan di Suka Sucre Bistro, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada Selasa.
Namun tutur pelantun lagu popular Seribu Tahun ini lagi, dia sentiasa memberikan sokongan terhadap program tersebut dan suka datang sebagai penonton.
“Walaupun saya tidak minat bertanding, tapi sebagai penonton saya sangat suka tengok. Dua tahun lepas je ramai kawan-kawan saya masuk dan lagu saya juga ada dinyanyikan, setiap kali lagi saya dinyanyikan tu saya dijemput,itu satu penghargaan yang saya sangat hargai.
“Masa tu, Hady Mirza yang merupakan saudara terdekat saya kembali menyanyi dan kemudian One Nation Emcee diberikan lagu Seribu Tahun. Masa dijemput tu, saya rasa wow ini memang hebat dan saya sangat hargai,” jelasnya lagi.
Konsert mingguan Gegar Vaganza musim kelapan akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#Gegar Vaganza #Imran Ajmain #GV8 #Lagu Seribu Tahun
;