Laman Utama

Pernah Dituduh Curang Hingga Hancur Hubungan Dengan Kekasih, Syazuwan Hassan Pilih Berdiam Diri - “Biarlah Saya…”

gempak
Izwan Isa
22/02/2022
05:50 MYT
Sponsor Banner
Pernah Dituduh Curang Hingga Hancur Hubungan Dengan Kekasih, Syazuwan Hassan Pilih Berdiam Diri - “Biarlah Saya…”
Pertengahan tahun lalu, nama pelakon Syazuwan Hassan panas dek satu tuduhan yang mengatakan dirinya berlaku curang dengan seorang pelakon baharu.
Dibongkar oleh seorang wanita di laman sosial yang didakwa sebagai bekas kekasihnya, Syazuwan dikatakan berhubungan dengan seorang pelakon bernama Wafariena sehingga meruntuhkan hubungan cinta lamanya yang telah dibina selama 11 tahun.
Ketika isu tersebut hangat diperkatakan, pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh ketiga-tiga pihak, termasuk sepotong status yang dimuat naik oleh Syazwan di Instagram Story miliknya.
BACA: Hubungan 11 Tahun Putus, Bekas Teman Wanita Dakwa Syazuwan Hassan Curang Dengan Wafariena?
Menurut Syazwan, setiap orang mempunyai had kesabaran dan dia berharap agar tiada sesiapa yang melangkaui kesabarannya ketika itu.
Begitupun, status berkenaan tidak kekal lama dan dipadam selepas dimuat naik selama beberapa minit. Sejak itu, perang cinta antara Syazuwan dan bekas kekasih lenyap ditelan waktu.
Sehinggalah ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem The Disappearance of Irdina Adhwa di ibu kota baru-baru, Syazuwan akhirnya membuka mulut mengenai kontroversi yang melanda dirinya itu.
BACA: Bekas Kekasih Dakwa Curang, Syazuwan Hassan; "Makilah Banyak Mana Pun, Tapi Jangan Melampau!"
Menurut Syazuwan, dia tidak mahu terus membincangkan hal berkenaan yang disifatkan sebagai satu perkara peribadi yang tidak perlu digembar-gemburkan.
“Bagi saya, benda itu (tuduhan tanpa asas oleh bekas kekasih) sebagai satu hal yang biasa. Kadang-kadang, kita tidak boleh halang apa orang nak cakap. Itu pilihan peribadi dia. Tak mengapalah.
“Namun, saya memilih untuk berdiam diri memandangkan ini melibatkan hal peribadi. Biarlah saya sendiri sahaja yang tahu,” katanya kepada Gempak.
BACA: Wafariena Terkilan Dipanggil Sund*l, Akan Saman Jika Terus Diprovokasi! - "Bukan Nak Berlagak, Tapi..."
Ditanya adakah benar dia kini menjalinkan hubungan dengan pelakon bernama Wafariena, Syazuwan berkata: “Macam yang saya katakan, kalau boleh saya tidak mahu kongsikan hal peribadi. Suatu hari nanti, kalau ada yang bakal dikhabarkan, semua akan tahu.
“Berdasarkan pengalaman, saya elakkan untuk berkongsi, biarlah keluarga terdekat yang tahu,” katanya lagi.
Melanjutkan bicara, Syazuwan mengakui sudah bersedia untuk settle down atau mendirikan rumah tangga. Namun, dia masih menunggu masa yang sesuai.
“Siapa yang tidak mahu mendirikan rumah tangga kan? Insya-Allah, kalau ada rezeki dan tiada halangan, saya memang telah bersedia. Kalau sampai masanya, adalah tu,” ujar Syazuwan yang turut memberitahu tidak terkesan dengan kontroversi berkenaan dari segi tawaran kerja dan juga lakonan.
Selain Syazuwan, filem The Disappearance of Irdina Adhwa turut dilakonkan oleh Alicia Amin, Bulan Terry, Nelissa Nizam dan Nafiz Muaz.
Filem arahan Kyle A. Halim itu bakal ditayangkan di Astro First pada 24 Februari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live