Hiburan
Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Menerusi keterangan yang diberi oleh Kepala KUA Pondok Gede, Drs. H. Ahmad Sumroni, Nissa dan Ayus sah menjadi suami isteri pada Julai 2024.
Majlis pernikahan mereka juga dilaksanakan dalam suasana sangat sederhan di Jatiwaringin, Bekasi, Indonesia.
Akad nikah Nissa dan Ayus berlangsung di rumah keluarga perempuan pada sebelah malam dengan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
"Pernikahan di rumah Khairunnissa (nama penun Nissa). Ya dilaksanakan di Jatiwaringin).
“Saksinya ada dua. Yang pasti sudah memenuhi rukun nikah," kata H. Ahmad Sumroni seperti dilaporkan Liputan6.com.
Wanita berusia 25 tahun itu diketahui mendapat mas kahwin berupa cincin emas 3 gram serta wang tunai bernilai RM56 daripada pemain keyboard kumpulan yang terkenal dengan lagu berkonsep kerohanian.
BERITA TRENDING: Pernah Kecoh Kes Curang, Sabyan Gambus Bakal Konsert Di Melaka, Ayus & Nissa; “Kami Harus Melanjutkan Perjalanan”
Terdahulu Ayus mengaku curang dengan isterinya, Ririe Fairus sehingga mereka bercerai.BERITA TRENDING: Gara-Gara Nissa Sabyan Rampas Suaminya, Ririe Fairus Hilang Selera, Turun 6KG Dalam Masa 6 Hari
Perselingkuhan di antara Ayus dan Nissa sudah diketahui sejak tahun 2021.BERITA TRENDING: Pernah Kecoh Didakwa Curang Dengan Nissa Sabyan, Ayus & Isteri Rasmi Bercerai
Sehingga kini baik Ayus atau Nissa belum memberi pengesahan dakwaan perkahwinan mereka namun keduanya dikatakan sudah semakin terbuka berkongsi hubungan akrab di media sosial.BERITA TRENDING: 3 Minggu Selepas Tuduhan Rampas Suami Orang, Nissa Sabyan Muncul Menangis Di Instagram
Must-Watch Video