"Pernah Doa Nak Sebut Nama Allah Dalam Lagu Tapi Selalu Tak Jadi" - Sam Bunkface
Amri Hassan
14/04/2021 03:52 MYT
14/04/2021 03:52 MYT
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam mengakui pernah memohon doa agar mampu menyebut nama Allah dan Rasul dalam mana-mana lagu nyanyiannya.
Impian itu akhirnya terlaksana menerusi kolaborasi lagu Mencari Sinar bersama kumpulan nasyid popular Inteam.
"Saya pernah berdoa nak menyebut nama Allah dan Rasul dalam lagu Bunkface, tapi selalu tak jadi.
"Allah nak makbulkan doa saya, tiba-tiba label Smileyriver approached untuk kolaborasi lagu Mencari Sinar! Doa saya makbul dan teruja nak menyanyi sesuatu yang lain dari kebiasaan," katanya.
Proses rakaman lagu terbabit mengambil masa lebih kurang seminggu. Selain merakamkan suara bersama kumpulan Inteam, Sam turut mendapatkan petikan gambus dari Fauziah Gambus.
Sementara itu, mengulas mengenai kolaborasi tersebut, kata kumpulan Inteam kerjasama antara mereka berjalan lancar.
"Proses rakaman lagu Mencari Sinar tidak mengambil masa lama dan berjalan dengan baik.
"Seperti yang diberitahu, Sam Bunkface amat teruja dengan projek kali ini kerana pertama kali bergandingan dengan artis nasyid iaitu kumpulan Inteam.
"Harapan Inteam semoga lagu Mencari Sinar mendapat sambutan di kalangan semua pendengar baru dan lama," kata Inteam.
Mencari Sinar merupakan karya baharu dari melodi dan lirik tulisan Allahyarham Ahmadi Hassan.
Menariknya, inilah satu-satunya karya ciptaan Allahyarham yang diselitkan elemen rap namun untuk mengukuhkan mesej dalam lirik, Sam telah membuat improvisasi pada rangkap rap lagu itu.
Mencari Sinar mula berada di platform digital sejak 9 April 2021.