Laman Utama

Pernah 'Down' dan Kecewa, Muna Shahirah Kembali Bersama Zack Zakwan

Fiza Kamarudin
04/11/2020
01:31 MYT
Pendatang baharu, Muna Shahirah kembali dengan single terbaru berjudul Bagaimana bergandingan dengan penyanyi Zack Zakwan.
Muna Shahirah yang juga bekas peserta Akademi Fantasia ini mengakui pernah berasa kecewa selepas lagu Teguh Setia gagal di pusingan separuh akhir sebuah pertandingan nyanyian.
“Ya ketika itu saya kecewa kerana telah memberi sepenuh jiwa dan buat sehabis baik, tetapi gagal ke pentas akhir.
“Rasa macam saya dah kecewakan pencipta lagunya Ibnu dan Gouffran. Mungkin kerana saya memang meletakkan sasaran yang tinggi untuk terus berada dalam industri ini.
“Bukan tidak cermin diri atau menolak takdir, tetapi bagi saya peluang tidak selalunya datang kali kedua, terutama pada pendatang baru seperti saya, tambah-tambah lagi sekarang ini ramai penyanyi baru seperti cendawan tumbuh.
“Sebab itu saya paksa diri saya untuk buat sehabis baik sewaktu separuh akhir, dan bila keputusannya begitu saya rasa amat kecewa,” katanya.
Bagaimanapun pemegang Ijazah Sains - Matematik Universiti Sains Malaysia (USM), ini seperti mendapat semangat baru apabila diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu ‘Bagaimana’.
“Lagu dan lirik ciptaan Gouffran dan Sang Hitam ini benar benar mengembalikan semangat saya untuk kembali berdiri.
“Pertama kali dengar melodi dan baca lirik lagu ini membuatkan bulu roma saya meremang, seolah-olah ada roh di dalam lagu ini yang memberi saya seribu kekutan dan keyakinan.
“Namun kali ini saya tidak berseorangan. Lagu duet berentak balada ini dinyanyikan bersama seorang lagi penyanyi lelaki FMC Music yang mempunyai karakter vocal yang mantap, iaitu Zack Zakwan.
“Saya berharap single duet pertama kami ini diterima peminat serta penggemar lagu lagu romantis khususnya,” katanya positif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Mulanya Saya Memang Pelik, Bila Bangun Pagi Ada Orang Di Sebelah” - Muna Shahirah Selamat Bernikah Dengan Mualaf

gempak
21/05/2023
02:55 MYT
Tahniah Muna!
Laman Utama

"Dia Pandai Main Emosi, Dahlah Makin Charming Sekarang Ni" - Muna Shahirah Selesa Kerja Dengan Afieq Syazwan

gempak
02/10/2022
06:44 MYT
Ewah ewah depa...
Laman Utama

Mengusung Rindu Dirakam Semula Versi Orkestra, Tajul Rasa 'Semangat' Arwah Achik Ada Bersama

gempak
05/08/2022
08:55 MYT
Mengusung Rindu 2022 dinyanyikan semula oleh Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan.
Laman Utama

“Tak Kisah Dikatakan Macam Tomok” - Zack Zakwan Syukur Dapat Peluang Kerjasama Dengan…

gempak
14/04/2022
08:54 MYT
Rugi tak dengar
Laman Utama

“Ikut Sahaja Arahan, Bukan Kali Pertama Kita Beraya Dalam PKP…” – Muna Shahirah

gempak
18/05/2021
05:53 MYT
Demi kebaikan bersama, patuh sajalah...