Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pernah Gagal 4 Kali Perkahwinan, Model Wanita Ini Dituduh Bawa Penyakit Kelamin Berjangkit

Maliah Surip
20/07/2022 13:44 MYT
Nama Kalina Oktarani saat ini sedang menjadi bualan negatif dalam kalangan netizen di Indonesia.

Hal itu setelah seorang lelaki yang juga mantan kekasih model dan artis ini, Ricky Miraza mendakwa wanita yang pernah bercinta dengannya itu menghidap sejenis penyakit kelamin berjangkit.

Berang dan berasa terhina dengan dakwaan tersebut, Kalina kemudian menjelaskan tentang penyakit yang dihidapinya.

Wanita yang pertama kali berkahwin dengan Youtuber dan ahli silap mata, Deddy Corbuzier pada tahun 2003 itu membantah jika dirinya membawa penyakit berjangkit.

Namun dia mengaku pernah memberitahu Ricky dirinya terkena jangkitan kuman pada urine. Pengakuan itu membuat lelaki tersebut terus menuduhnya mempunyai penyakit kelamin berjangkit.

“Saya pernah beritahu mantan saya, saya kena jangkitan atau infeksi urine. Dia terus menjatuhkan hukum. Terus mengatakan saya membawa penyakit kelamin yang menular,” jelas Kalina seperti dilaporkan Insertlive.

Dalam laporan sama, Kalina menunjukkan bukti percakapannya bersama seorang doktor bagi membetulkan salah faham mantan kekasih dan masyarakat tentang dirinya.

Dari sedutan perbualan tersebut, perempuan berusia 41 tahun ini bertanya tentang jangkitan urine yang dialaminya berbahaya atau tidak.

“Jangkitan kuman urine saya ini bahaya atau tidak ya doktor? Kerana sekarang ini saya difitnah kerana penyakit tersebut, saya membawa penyakit kelamin berjangkit.

“Kerana kononnya dulu saya banyak melakukan hal tak baik,” adu Kalina.

Pertanyaan Kalina yang juga seorang ahli silap mata tersebut kemudian dijawab oleh doktor yang memberi izin kandungan perbualan mereka dikongsikan kepada umum.

“Tidak ya, ini (jangkitan kuman) juga banyak kena pada sesiapa saja.

“Ia lebih kepada ke arah penjagaan kebersihan atau suka menahan kencing juga boleh terjadi jangkitan kuman.

“Ini bukan infeksi menular seperti melakukan hubungan seksual ya,” kata doktor tersebut.

Untuk rekod, Kalina pernah empat kali berkahwin, dengan perkahwinan terakhirnya bersama Vicky Prasetyo runtuh dalam tempoh satu tahun perkahwinan.

Sebelumnya, Ricky membuat banyak pihak salah sangka mengenai penyakit Kalina apabila mengemas kini InstaStorynya dengan: “Lebih baik putus saja.

“Penyakit kelamin itu menular. Maafkan saya, selama ini salah pilih wanita.”

#Viral #Indonesia #Model #Penyakit Kelamin #Kalina Oktarani